ASUS ASUS ZenPad 8.0 Power Case CB81 (Z380 Series) Manual De Usuario

Descargar
Página de 104
77
Notis Keselamatan
•  Jangan tanggalkan bateri Li-on yang tidak boleh ditanggalkan kerana ini akan 
membatalkan waranti.
•  Elakkan mengecas dalam suhu yang amat tinggi atau rendah. Bateri berfungsi 
secara optimum pada suhu persekitaran 0 °C hingga +35 °C.
•  Jangan tanggal dan gantikan bateri dengan bateri yang tidak diluluskan.
•  Jangan tanggal dan rendam bateri dalam air atau sebarang cecair lain.
•  Jangan sekali-kali cuba untuk membuka bateri kerana ia mengandungi bahan 
yang mungkin memudaratkan jika tertelan atau dibiarkan bersentuhan dengan 
kulit tanpa berlapik.
•  Jangan tanggal dan mengakibatkan litar pintas pada bateri, kerana ia boleh 
menjadi terlampau panas dan menyebabkan kebakaran. Jauhkannya daripada 
barang kemas atau objek logam.
•  Jangan tanggal dan lupuskan bateri dalam api. Ia boleh meletup dan melepaskan 
bahan memudaratkan ke alam sekitar.
•  Jangan tanggal dan lupuskan bateri dengan sisa buangan biasa di rumah anda. 
Bawanya ke tapak pengumpulan bahan berbahaya.
•  Jangan sentuh terminal bateri.
NOTA: 
•  Risiko letupan jika bateri digantikan dengan jenis bateri yang salah.
•  Lupuskan bateri terpakai mengikut arahan.
•  Pastikan bateri dicas sepenuhnya sebelum menggunakan Power Case (Bekas 
Kuasa) anda untuk tempoh yang berlanjutan. Ingat bahawa penyesuai kuasa 
mengecas bateri selagi mana ia dipasang masuk ke dalam sumber kuasa. 
Berhati-hati bahawa Power Case (Bekas Kuasa) anda mengambil masa yang 
lebih lama untuk mengecas bateri apabila Tablet anda sedang digunakan.
PENTING! Jangan biarkan Power Case (Bekas Kuasa) anda bersambung ke sumber 
kuasa sebaik sahaja ia telah dicas sepenuhnya. Power Case (Bekas Kuasa) anda tidak 
direka bentuk untuk disambungkan ke sumber kuasa bagi tempoh masa yang 
berlanjutan.