Samsung MC286TATCSQ Manual De Usuario

Descargar
Página de 120
Bahasa Melayu - 25
03
  PENGGUNAAN KETUHAR
MENGGABUNGKAN GELOMBANG MIKRO DAN PEROLAKAN
Proses memasak kombinasi menggunakan kedua-dua tenaga gelombang mikro dan 
pemanasan perolakan. Tiada pemanasan dahulu diperlukan kerana tenaga gelombang 
mikro terdapat dengan serta-merta.
Banyak makanan boleh dimasak dengan mod kombinasi, terutamanya:
•  Daging dan ayam itik panggang
•  Pai dan kek
•  Hidangan telur dan keju
SENTIASA gunakan perkakas memasak yang selamat digunakan dengan 
gelombang mikro dan kalis ketuhar. Bekas kaca atau seramik adalah paling sesuai 
kerana ia membolehkan gelombang mikro menembusi makanan dengan lebih 
seimbang.
SENTIASA gunakan sarung tangan ketuhar apabila menyentuh bekas di dalam 
ketuhar kerana ia sangat panas. 
Anda boleh mendapat hasil masakan dan pemerangan yang lebih baik jika anda 
menggunakan rak rendah.
Buka pintu. Letakkan makanan di atas pinggan putar atau di atas rak rendah yang 
kemudian seharusnya diletakkan di atas pinggan putar. Tutup pintu ketuhar. Elemen 
pemanas mestilah berada di kedudukan mendatar.
1.  Tekan butang Combi (Kombi).
Hasil: 
Penunjuk-penunjuk yang berikut dipaparkan: 
Cb - 1 
(ketuhar gelombang mikro + gril) 
2.  Jadikan paparan menunjukkan Cb-2 (Ketuhar Gelombang 
Mikro + Perolakan) dengan memutar Dail Tombol, dan 
kemudian tekan butang Select (Pilih).
3.  Pilih aras kuasa yang sesuai dengan memutar Dail Tombol 
sehingga aras kuasa yang sepadan dipaparkan (600, 450, 
300, 180, 100 W). Pada ketika itu, tekan butang  
Select (Pilih) untuk menetapkan aras kuasa.
•  Jika anda tidak menetapkan tahap kuasa dalam 5 saat, 
ia akan bertukar kepada peringkat penetapan masa 
memasak secara automatik. (Lalai : 180 °C)
4.  Pilih suhu yang sesuai dengan memutar Dail Tombol  
(Suhu : 200~40 °C). Pada ketika itu, tekan butang  
Select (Pilih) untuk menetapkan suhu.
•  Jika anda tidak menetapkan suhu dalam 5 saat, ia akan 
bertukar kepada peringkat penetapan masa memasak 
secara automatik.
Hasil: 
Penunjuk-penunjuk yang berikut dipaparkan: 
(mod kombi gelombang mikro & 
perolakan)
600 W
(kuasa output)
180 °C
(suhu)
5.  Pilih masa memasak dengan memutar Dail Tombol.
•  Masa memasak yang maksimum ialah 60 minit.
6.  Tekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Hasil : 
•  Proses memasak kombinasi bermula.
•  Ketuhar dipanaskan ke suhu yang 
dikehendaki dan kemudian proses memasak 
gelombang mikro diteruskan sehingga masa 
memasak tamat.
•  Setelah proses memasak selesai, ketuhar 
akan berbunyi bip dan mengelipkan  
"End" (Tamat) 4 kali. Ketuhar kemudian akan 
berbunyi bip sekali setiap minit.
MC286TATCSQ_SM_DE68-04126T-00_MS.indd   25
2014-08-21     4:20:41