Philips Blender HR2020/50 HR2020/50 Manual De Usuario

Los códigos de productos
HR2020/50
Descargar
Página de 68
Kunci keselamatan binaan dalam
Ciri ini memastikan bahawa anda hanya boleh menghidupkan perkakas jika anda telah memasang 
balang pengisar atau bikar pengisar dengan betul pada unit motor. Jika balang pengisar atau bikar 
pengisar dipasang dengan betul, kunci keselamatan terbina dalam akan dibuka kuncinya.
Sistem keselamatan pemutus litar
Perkakas ini dilengkapi sistem keselamatan pemutus litar. Jika motor menjadi terlalu panas, 
perkakas akan mati secara automatik. 
Jika ini adalah kesnya, ikut langkah-langkah di bawah ini:
 1 
 Cabut plag perkakas dan biarkan sejuk selama beberapa minit.
 2 
 Tekan butang set semula pada bahagian bawah unit motor (Gamb. 1).
 3 
 Masukkan plag utama ke dalam soket dinding. Anda kini boleh  menghidupkan perkakas ini 
semula. 
Perihalan umum (Gamb. 2)
A  Cawan penyukat 
B  Penutup balang pengisar
C  Balang pengisar
D  Penunjuk paras
E  Gegelang kedap
F  Unit pisau
G  Unit motor
H  Panel kawalan
 - Butang kelajuan (1 dan 2)
 - Butang denyut/mati
I  Penuras (HR2027 sahaja)
J  Bikar pengisar
K  Gegelang kedap pengisar 
L  Unit pisau pengisar
M  Butang set semula
sebelum penggunaan pertama
Bersihkan dengan menyeluruh semua bahagian yang bersentuhan dengan makanan sebelum anda 
menggunakan perkakas buat kali pertama (lihat bab ‘Membersihkan’).
Menggunakan perkakas
Anda boleh melaraskan panjang kord dengan menggulungkan sebahagian daripadanya pada 
gelendong di bahagian bawah tapak. Lalukan kord melalui slot dalam tapak.
Pengisar
Pengisar ini dimaksudkan untuk memuri halus, mencincang, dan mengisar. Dengan menggunakan 
pengisar ini, anda boleh menyediakan sup, sos dan susu kocak. Anda boleh juga menggunakan 
pengisar untuk mengisar sayur, buah, daging, bater penkek dll.
Menyediakan pengisar untuk digunakan
 1 
 Pasangkan gegelang kedap pada unit pisau pengisar (Gamb. 3).
 2 
 Letakkan unit pisau di bahagian bawah balang pengisar (1). Ketatkan unit pisau melawan arah 
jam (2) sehingga anda tidak dapat memutarkannya lagi.  (Gamb. 4)
BaHasa MElayu
29