LG G4s - LG H735 Mode D'Emploi

Page de 286
70
Tetapan 
Tolak panggilan – Membolehkan anda menetapkan fungsi tolak panggilan.
Tidak menerima dengan mesej – Apabila anda hendak menolak panggilan, anda 
boleh menghantar mesej pantas menggunakan fungsi ini. Ini amat berguna jika 
anda perlu menolak panggilan semasa anda menghadiri mesyuarat.
Mengalihkan panggilan – Membolehkan anda memilih apabila memajukan 
panggilan.
Jawab secara automatik – Tetapkan masa sebelum peranti bebas tangan yang 
bersambung menjawab panggilan masuk secara automatik.
Getaran penyambungan – Telefon anda bergetar semasa pihak yang dihubungi 
menjawab panggilan.
Simpan nombor tidak dikenali – Membolehkan anda menambah nombor tidak 
dikenali ke dalam kenalan selepas panggilan.
Kekunci kuasa tamatkan panggilan – Membolehkan anda menggunakan 
kekunci kuasa untuk menamatkan panggilan.
Panggilan masuk secara senyap – Tanda semak untuk membolehkan anda 
menterbalikkan peranti untuk menyenyapkan panggilan masuk.
Sekatan panggilan – Mengunci panggilan masuk, keluar atau antarabangsa.
Tempoh Panggilan – Membolehkan anda melihat tempoh panggilan untuk jenis 
panggilan yang pelbagai.
Tetapan tambahan – Membolehkan anda menukar tetapan yang berikut. 
 -
ID Pemanggil: Membolehkan anda menetapkan pilihan ID pemanggil.
 -
Panggilan Menunggu: Jika panggilan menunggu diaktifkan, telefon akan 
memberitahu anda tentang panggilan masuk semasa anda sedang menjawab 
panggilan lain (bergantung kepada pembekal rangkaian anda).