Philips hq6090 Manuel D’Utilisation

Page de 80
Bateri pencukur boleh dicas semula binaan 
dalam itu mengandungi bahan yang mungkin 
mencemar alam sekitar. Sentiasa keluarkan bateri 
sebelum membuang pencukur atau membawanya 
ke pusat pemungutan rasmi. Lupuskan bateri di 
pusat pemungutan rasmi untuk bateri. Jika anda 
menghadapi kesulitan mengeluarkan bateri, anda 
boleh juga membawa perkakas tersebut ke pusat 
servis Philips, yang akan mengeluarkan bateri untuk 
anda dan akan melupuskannya dengan cara yang 
selamat alam sekitar.
Pembuangan bateri
Hanya tanggalkan bateri yang betul-betul kosong.
 1 
 Tanggalkan plag kuasa dari soket dan cabut plag 
perkakas dari pencukur.
 2 
 Biarkan pencukur berjalan sehingga ia berhenti, 
buka skru dan buka pencukur.
 3 
 Tanggalkan bateri.
Jangan sambung alat pencukur ke punca kuasa 
utama setelah bateri dikeluarkan.
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi 
masalah, sila kunjungi laman web Philips di  
www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan 
Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh 
mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah 
jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Layanan Pelanggan 
di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips 
tempatan atau Jabatan Servis Syarikat Perkakas 
Domestik dan Penjagaan Diri Philips.
-
BaHasa MElayu
42