Philips Pressurised steam generator GC8635/02 GC8635/02 Manuel D’Utilisation
Codes de produits
GC8635/02
- Platform seterika dan plat tapak seterika boleh menjadi
amat panas dan boleh menyebabkan kelecuran jika
tersentuh. Jika anda hendak mengalihkan penjana stim,
jangan sentuh platform seterika.
- Matikan suis seterika dan alihkan palam dari soket dinding
setiap kali selepas anda selesai menyeterika.
- Kembalikan seterika ke platform seterika, matikan perkakas
dan tanggalkan plag sesalur kuasa dari soket dinding:
- a. apabila anda selesai menyeterika
- b. apabila anda membersihkan perkakas
- b. apabila anda mengisi atau mengosongkan tangki air
- c. apabila anda meninggalkan seterika, walaupun hanya
seketika
- Tanggalkan kerak pada penjana stim dengan berkala
menurut arahan dalam bab ‘Pembersihan dan
penyelenggaraan’.
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan di dalam
rumah sahaja.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan
medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas ini dikendalikan
dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna
ini, ia selamat untuk digunakan berdasarkan bukti saintifik yang
terdapat pada hari ini.
Pelupusan
Pelupusan
- Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang
biasa pada akhir hayatnya, sebaliknya serahkan ke pusat
pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat
demikian, anda membantu memelihara alam sekitar.
- Untuk membolehkan kitaran semula, bahagian plastik yang
digunakan untuk perkakas ini telah dikodkan. Pembungkus
kadbod dibuat dengan 90% bahan kitar semula dan boleh
dikitar semula sepenuhnya.
BAhAsA MElAyu
66