Iqua Headset Blade BHS-802 BHS-802 Manuel D’Utilisation

Codes de produits
BHS-802
Page de 26
25
Spesifi kasi Produk 
Model BHS-802
Saiz set kepala 
58.4 x 15.3  x 8.4 mm
Saiz penatang 
12x 40mmФ
Berat 10 
g
Masa berbual 
Sehingga 4.5 jam dengan set kepala sahaja, 
 
dan sehingga 6.5 jam dengan set kepala dan penatangnya
Masa tunggu sedia 
Sehingga 130 jam dengan set kepala sahaja, 
 
dan sehingga 190 jam dengan set kepala dan penatangnya
Masa mengecas 
Dalam masa 2 jam (caj set kepala atau penatang sahaja)
 
Dalam masa 3 jam (caj set kepala bersama penatangnya)
Jenis bateri 
Bateri Li-Polimer 
Standard Bluetooth    
Bluetooth 2.0+EDR  
Profi l BT yang disokong 
Handsfree (HFP) 1.5  dan  
 
Headset (HSP) 1.1
Peranti terpasang 
Sehingga 8, satu dalam satu-satu masa.
Jarak Kendalian 
10 meter
Julat suhu kendalian 
-20°C hingga +70°C
 Julat suhu penyimpanan 
-40°C to +85°C
Gambaran keseluruhan produk
1.  Bebutang multifunction
  Mengendalikan fungsi panggilan 
2.  Bebutang Volume +
3.  Bebutang Volume -
4.  Penyambung Mini USB
   Mengecas set kepala
5.  Lampu Penunjuk  Petunjuk status dengan lampu merah/ biru
6.  Penyumbat telinga
7.  Mikrofon 
8.  Penyambung Mini USB
  Mengecas dan memegang set kepala
9.  Penyambung Mini USB   Mengecas set kepala dan penatang
10.Lampu Penunjuk  Petunjuk status dengan lampu merah
Kandungan pakej jualan
a. Set kepala
b. Penatang
c. Pengecas dinding
d. Risalah panduan pengguna
e. 2 penyumbat telinga berlainan saiz (1 terpasang pada set kepala)
f. Pelekat Velcro
g. Plat getah
h. Kalung
MY
Bermula 
Mengecas bateri
Sebelum menggunakan BHS-802, anda hendaklah terlebih dahulu mengecas set kepala 
kira-kira 2 jam atau mengecas set kepala bersama penatangnya kira-kita 3 jam. Apabila 
sudah tercas sepenuhnya, set kepala ini memberikan masa bercakap sehingga 4.5 jam dan 
masa tunggu sedia sehingga 130 jam. Apabila mengecas bersama penatangnya anda boleh 
mempunyai masa bercakap sehingga 6.5 jam dan masa tunggu sedia sehingga 190 jam. 
Sentiasa gunakan pengecas yang disediakan dalam pakej jualan.
1. Sambungkan kabel pengecas kepada BHS-802 atau penatangnya.
2. Pasangkan palam pengecas ke soket dinding. Lampu LED merah akan menyala 
    berterusan.
3. Apabila bateri telah tercas sepenuhnya, lampu LED merah akan padam. 
Menghidup dan mematikan
Untuk menghidupkan BHS-802
Apabila set kepala mati, tekan dan tahan bebutang Multifunction sehingga lampu 
merahnya berkelip sekali.
Untuk mematikan BHS-802
Apabila set kepala hidup, tekan bebutang Multifunction sehingga lampu merahnya 
berkelip sekali dan kemudian padam.
Memasangkan set kepala Bluetooth dengan telefon bimbit Bluetooth 
Pemasangan adalah proses menghubungkan BHS-802 kepada telefon bimbit berdaya 
Bluetooth anda. Setelah proses ini selesai, anda boleh menggunakan BHS-802 
bersama dengan telefon bimbit yang telah dipasangkan dengannya. Jika anda ingin 
menggunakan BHS-802 dengan telefon bimbit lain, anda hendaklah mengulangi proses 
pemasangan. Walaupun BHS-802 boleh dipasangkan dengan 8 telefon serasi, ia 
hanya boleh bersambung kepada satu telefon sahaja pada satu-satu masa. Apabila 
ia telah dipasangkan dengan 8 telefon, peranti kesembilan yang dipasangkan akan 
menggantikan peranti pertama yang dipasangkan dengannya. 
1. Apabila set kepala mati, tekan dan tahan bebutang Multifunction sehingga lampu biru 
    dan merahnya mula berkelip secara berganti-ganti. 
2. Lepaskan bebutang tadi. BHS-802 telah berada dalam mod pasangan sekarang ini, 
    menunggu telefon bimbit anda menghubunginya.
3. Lengkapkan pemasangan dengan telefon bimbit anda. Sila rujuk kepada manual telefon 
    bimbit anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara mencari dan memasang. Apabila
    telefon telah menjumpai set kepala, ia akan memaparkan Iqua Blade pada skrinnya. 
    Untuk memasangkannya dengan telefon, masukkan kod PIN 0000. 
4. Setelah selesai pemasangan, BHS-802 akan bersambung ke telefon bimbit anda 
    secara automatik. Walaupun setelah selesai pemasangan, sesetengah telefon 
    tidak bersambung kepada set kepala secara automatik. Jika ini berlaku, sila pastikan 
    bahawa anda telah menyambungkan telefon ke set kepala (sila rujuk kepada manual 
    telefon bimbit anda). Setelah pemasangan dan penyambungan selesai, lampu biru 
    mula berkelip perlahan-lahan.
* Untuk maklumat keserasian terkini sila lawati www.iqua.com
Memutuskan sambungan BHS-802 dari telefon anda
Cara termudah untuk memutuskan sambungan antara BHS-802 dan telefon anda adalah 
dengan mematikan BHS-802.
Menyambungkan semula BHS-802 yang telah dipasangkan dengan telefon anda 
Untuk menyambungkan semula BHS-802 kepada telefon terakhir yang bersambung 
dengannya sebelum ini, hidupkan set kepala dan ia akan bersambung kepada telefon 
anda secara automatik. Ataupun, anda boleh membuat sambungan melalui menu telefon 
seperti yang diarahkan dalam risalah panduan pengguna telefon anda.  Anda boleh 
mengaktifkan semula penyambungan semula dengan menekan bebutang Multifunction.
Fungsi Panggilan
Menjawab panggilan
Apabila anda menerima panggilan, anda akan mendengar nada dering melalui set 
kepala. Tekan bebutang Multifunction untuk menjawab panggilan masuk. Anda akan 
mendengar nada apabila panggilan telah dijawab.
Menamatkan panggilan
Untuk menamatkan panggilan aktif, tekan butang Multifunction. Anda akan mendengar 
nada apabila panggilan telah ditamatkan.
Menolak panggilan
Apabila anda menerima panggilan masuk yang tidak ingin dijawab, tekan bebutang 
Multifunction sehingga anda mendengar bunyi yang menandakan panggilan tersebut 
telah ditolak.
Mendail semula nombor terakhir yang didail
Untuk membuat panggilan ke nombor terakhir yang didail, tekan bebutang Vol+ semasa 
tiada panggilan. Anda akan mendengar nada apabila panggilan sedang dibuat. Sila 
ambil perhatian bahawa sesetengah telefon tidak menyokong pendailan semula. Dengan 
sesetengah model telefon, tekan bebutang Vol+ sekali lagi untuk mendail nombor yang 
terpapar pada skrin telefon.
Pendailan suara (jika disokong oleh telefon) 
Untuk mengaktifkan fungsi pendailan suara telefon anda, tekan bebutang Vol- semasa 
tiada panggilan. Anda akan mendengar nada. Ini menunjukkan yang anda boleh mula 
merakamkan tag suara. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kepada manual telefon bimbit 
anda. Sila ambil perhatian bahawa sesetengah telefon tidak menyokong pendailan suara. 
Menunggu Panggilan
Semasa anda sedang berbual, jika ada panggilan baru masuk dan anda ingin menjawab 
panggilan tersebut, anda boleh memberhentikan seketika panggilan semasa untuk 
menjawab panggilan masuk dengan menekan bebutang multifunction. Anda akan 
mendengar bunyi apabila panggilan baru telah dijawab. Apabila anda ingin menamatkan 
panggilan baru dan beralih ke panggilan yang sebelumnya tekan bebutang Multifunction 
sehingga panggilan dipindahkan. 
Pemindahan Panggilan (jika disokong oleh telefon)
Untuk memindahkan panggilan aktif dari BHS-802 ke telefon bimbit anda, tekan 
bebutang Vol+ sehingga anda mendengar bunyi yang menandakan panggilan telah 
dipindahkan ke telefon anda. Untuk memindahkan panggilan aktif dari telefon bimbit 
anda ke BHS-80, tekan bebutang Vol+ sehingga anda mendengar bunyi atau gunakan 
fungsi pada telefon anda seperti yang diarahkan dalam risalah panduan penggunanya.
Melaraskan bunyi
Tekan bebutang Vol+ untuk menguatkan bunyi. Tekan bebutang Vol- untuk 
memperlahankan bunyi.
Bisukan panggilan aktif
Anda boleh membisukan BHS-802 semasa berbual dengan menekan bebutang Vol- 
sehingga anda mendengar nada. Anda boleh menyahbisukan panggilan dengan 
menekan bebutang Vol- . 
Memadam Peranti Terpasang
BHS-802 boleh dipasangkan dengan 8 peranti Bluetooth. Untuk mengesetkan semula 
senarai pasangan kepada BHS-802, tekan dan tahan kedua-dua bebutang Vol+ dan Vol- 
serentak.
Ringkasan petunjuk lampu
Lampu LED set kepala BHS-802 boleh jadi merah atau biru dan kebiasaannya ia disertai 
dengan isyarat bunyi. Lampu LED penatang ialah merah. 
Ada kuasa   
 
 
Lampu merah berkelip sekali
Tiada kuasa   
 
 
Lampu merah berkelip sekali 
  
 
 
 
kemudian 
padam
Tunggu sedia tetapi tiada sambungan Bluetooth 
Lampu biru berkelip-kelip 
Sambungan Bluetooth hidup 
Lampu biru berkelip perlahan 
Mod pasangan   
 
Lampu biru dan merah berkelip 
  
 
 
 
berganti-ganti
Pengecasan bateri   
Lampu merah menyala berterusan
Bateri tercas penuh  
Lampu merah padam
Pengurusan kuasa
Produk ini dibekali kuasa oleh bateri boleh cas terbina dalam yang tidak boleh diganti. 
Jangan sesekali cuba mengganti bateri. Bateri boleh cas boleh dicas dan dinyahcas 
beratus-ratus kali, tetapi lama-kelamaan ia akan haus. Selepas suatu tempoh masa yang 
berbeza-beza bergantung kepada keadaan penggunaannya, anda akan dapati bateri 
terbina dalam ini hanya mampu membekalkan kuasa kepada peralatan anda untuk dua 
jam sahaja dan ia memerlukan anda mengecasnya dengan lebih kerap lagi. 
Cas peranti anda dengan menggunakan pengecas yang disediakan dalam pakej 
jualan ini sahaja. Cabut palam pengecas jika tidak digunakan. Jangan biarkan peranti 
bersambung kepada pengecas lebih lama daripada masa yang diperlukan, kerana 
pengecasan berlebihan mungkin memendekkan jangka hayat bateri. 
Jika dibiarkan tidak digunakan bateri yang tercas penuh akan menyahcas sendiri 
mengikut masa. 
Tinggi rendah suhu yang melampau boleh menjejaskan keupayaan pengecasan bateri. 
Sentiasa pastikan peranti berada dalam keadaan suhu antara 15 °C dan 25 °C (59 °
F dan 77 °F). Meninggalkan peranti di dalam tempat yang panas atau sejuk seperti di 
dalam kereta tertutup pada musim panas atau sejuk akan mengurangkan keupayaan 
dan memendekkan jangka hayat bateri. Peranti yang baterinya panas atau sejuk 
mungkin tidak dapat berfungsi seketika walaupun bateri itu tercas penuh. Prestasi bateri 
sangat terhad dalam telaga suhu di bawah takat beku. Jangan cas bateri di dalam 
persekitaran yang lembap.
Penjagaan dan Penyelenggaraan
 
– Jangan dedahkan peranti kepada cecair atau lembapan kerana ia tidak kalis air. 
 
– Jangan guna atau simpan peranti di dalam tempat yang berhabuk dan 
 
   kotor. Bahagian boleh gerak dan komponen elektroniknya boleh rosak.
 
– Jangan simpan peranti di tempat panas. Suhu tinggi boleh memendekkan 
 
   jangka hayat peranti elektronik, merosakkan bateri dan meleding atau 
 
   mencairkan sesetengah plastik.
 
– Jangan simpan peranti di tempat sejuk. Apabila peranti kembali ke suhu 
 
   normalnya, lembapan mungkin akan terbentuk di dalam peranti dan 
 
   merosakkan papan litar elektroniknya.
 
– Jangan jatuhkan, ketuk atau goncang peranti ini. Pengendalian yang kasar 
 
   boleh mematahkan papan litar dan bahagian mekanik halusnya.
 
– Jangan gunakan bahan kimia, pelarut atau bahan pencuci yang kuat untuk 
 
   membersihkan peranti ini.
 
– Gunakan kain yang lembut, bersih dan kering untuk membersihkan kanta-
 
   kantanya.
 
– Jangan dedahkan peranti anda kepada sentuhan dengan objek tajam 
 
   kerana ini akan menyebabkan calar dan kerosakan. 
 
– Jangan lekatkan apa-apa di bahagian dalam peranti kerana ini boleh 
 
   merosakkan komponen dalamnya.
 
– Jangan buka peranti atau pengecas kerana kedua-duanya tidak mempunyai 
 
   bahagian yang perlu diservis dan dengan membukanya anda mungkin 
 
   terdedah kepada voltan berbahaya atau bahaya lain.  
 
– Bertindak mengikut undang-undang dan peraturan tempatan dan jangan 
 
   buang produk ini sebagai sebahagian daripada buangan isi rumah biasa. 
 
   Ikut sistem pungutan berasingan yang berkenaan bagi barangan elektrik 
 
   dan elektronik.
Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan bagi Produk IQUA saya?
Jika anda yakin anda layak mendapatkan perkhidmatan pembaikan atau ganti bagi produk 
IQUA anda berdasarkan hak berkanun di bawah undang-undang negara yang boleh 
dikenakan berkaitan penjualan barangan konsumer atau jaminan yang diberikan oleh wakil 
penjual yang telah menjual Produk IQUA ini kepada anda, sila hubungi wakil penjual anda. 
AKUAN PEMATUHAN
Kami, Iqua Ltd., mengaku di bawah tanggungjawab kami sendiri, bahawa produk ini, 
BHS-802, mematuhi peruntukan-peruntukan Arahan Majlis berikut: 1999/5/EC. Salinan 
Akuan Pematuhan ini boleh didapati di http://www.iqua.com/declaration_of_conformity
Copyright © 2008 Iqua Ltd
Lihat Rajah 1 dan Rajah 2