Philips HD4918 Manuale Utente

Pagina di 62
Masalah
Penyelesaian
Lampau Jam:Min tidak 
menyala apabila saya 
menetapkan masa 
memasak.
Anda telah memilih mod memasak Hot pot. Anda hanya boleh melaraskan 
masa memasak dalam mod Quick start (manual) dan dalam mod 
memasak pratetap Stew, Sup/Bubur, Steam-Hi, Steam-Lo, Kacau goreng, 
Rebus dan Keep warm.
Lampu rosak. Bawa perkakas ke wakil penjual Philips anda atau ke pusat 
servis yang diluluskan oleh Philips.
Lampu pemasa tidak 
menyala apabila saya 
menetapkan pemasa.
Anda telah memilih mod Quick start (manual) atau mod pratetap Hot 
pot, Kacau goreng, Rebus atau Keep warm. Anda hanya boleh 
menggunakan pemasa dalam mod memasak Stew, Sup/Bubur, Steam-Hi 
dan Steam-Lo (lihat jadual tetapan ‘Lalai’ dan tetapan boleh laras’ dalam 
bab ‘Menggunakan perkakas’).
Lampu rosak. Bawa perkakas ke wakil penjual Philips anda atau ke pusat 
servis yang diluluskan oleh Philips.
Saya tidak boleh menukar 
tetapan kuasa sebelum saya 
memilih  mod Stew atau 
mod Sup/Bubur.
Dalam mod Stew dan mod Sup/Bubur, perkakas terlebih dahulu 
mendidihkan makanan dan kemudian beralih ke tahap kuasa yang lebih 
rendah. Anda hanya boleh melaraskan tahap kuasa selepas peringkat 
mendidih.
Perkakas mengeluarkan 
bunyi bip secara 
berterusan.
Anda telah meletakkan alat memasak yang tidak sesuai di atas plat 
memasak atau anda telah mengalihkan alat memasak tersebut daripada 
plat memasak semasa memasak. Letakkan alat memasak yang sesuai di atas 
plat memasak.
Tetapan kuasa maksimum 
untuk sesetengah mod 
memasak adalah sangat 
rendah.
Dalam mod Stew dan mod Sup/Bubur, perkakas terlebih dahulu 
mendidihkan makanan dan kemudian beralih ke tahap kuasa yang lebih 
rendah. Anda hanya boleh melaraskan tahap kuasa selepas peringkat 
mendidih.
Saya tidak boleh beralih ke 
mod memasak yang lain 
semasa memasak.
Anda tidak boleh beralih ke mod memasak yang lain semasa memasak. 
Jika anda hendak memilih mod memasak yang berlainan, tekan butang 
Kuasa hidup/mati untuk mematikan periuk. Kemudian tekan butang Kuasa 
hidup/mati untuk menghidupkan semula periuk.
Kipas berfungsi tetapi 
perkakas belum mula 
memasak lagi.
Anda perlu menekan butang Mula dalam masa 1 minit selepas anda 
menekan butang Kuasa hidup/mati. Jika anda tidak menekan butang Mula 
dalam masa 1 minit, periuk aruhan mati dan kipas terus berfungsi selama 1 
minit untuk menyejukkan perkakas.
Kod pada paparan Mesej
Apa yang harus anda lakukan
Paparan menjadi 
pegun dan 
menunjukkan ‘!’ 
yang berkelip
Tiada alat memasak 
di atas plat memasak 
atau alat memasak tidak 
sesuai untuk periuk 
aruhan.
Letak alat memasak yang sesuai di atas plat memasak.
E1
Voltan tidak stabil dalam 
rangkaian bekalan kuasa
Periksa sama ada voltan di rumah anda sesuai untuk 
periuk aruhan.
BaHasa MElayu
1