Philips DVP3146K/98 Manuale Utente

Pagina di 39
119
Bahasa Mela
yu
Analog: Bunyi yang tidak ditukar kepada nombor. Bunyi 
analog berbeza sementara bunyi digital mempunyai nilai 
bernombor yang tertentu. Bicu ini menghantar audio 
melalui dua saluran, kiri dan kanan.
Nisbah aspek: Nisbah saiz menegak dan mendatar 
sesuatu imej yang dipaparkan. Nisbah mendatar dan 
menegak untuk TV konvensional adalah 4:3 dan skrin 
lebar 16:9.
Bicu AUDIO OUT: Bicu di belakang Sistem DVD yang 
menghantar audio kepada sistem lain (TV, Stereo, dll.).
Kadar Bit: Jumlah data yang digunakan untuk memegang 
satu lebar musik, dikira dalam kilobits setiap saat, atau 
kbps.Atau, kelajuan yang anda merekod. Biasanya, semakin 
tinggi kadar bit, atau semakin tinggi kelajuan pengrekodan, 
lebih baik kualiti bunyi. Tetapi, kadar bit yang tinggi 
menggunakan lebih banyak ruang pada Cakera. 
Bab: Seksyen gambar atau musik pada DVD yang lebih 
kecil daripada tajuk. Tajuk terdiri daripada pelbagai bab. 
Setiap bab diberi satu number bab untuk membolehkan 
anda mencari bab yang anda kehendaki.
Bicu Komponen Video Keluar: Bicu pada belakang 
Sistem DVD yang menghantar video berkualiti 
tinggikepada TV yang mempunyai bicu Komponen Video 
Masuk (R/G/B, Y/PB/PR/ dll.)
Menu Cakera: Paparan skrin disediakan untuk 
membenarkan pemilihan imej, bunyi, sarikata, pelbagai 
sudut, dll. Yang direkodkan dalam DVD.
Digital: Bunyi yang telah ditukarkan kepada nilai 
bernombor. Bunyi digital didapati apabila anda 
menggunakan bicu-bicu DIGITAL AUDIO OUT 
COAXIAL atau OPTICAL. Bicu-bicu ini menghantar audio 
melalui pelbagai saluran, dan tidak hanya dua saluran 
seperti analog.
DTS: Sistem Panggung Digital.  Ini merupakan sistem 
bunyi sekeliling, tetapi berbeza daripada Dolby Digital.  
Format ini telah dimajukan oleh syarikat-syarikat yang 
berlainan.
Dolby Digital: Sistem bunyi sekeliling dimajukan oleh 
Dolby Laboratories mengandungi sehingga enam saluran 
audio digital (kiri dan kanan depan, kiri dan kanan 
sekeliling, tengah dan subwufer).
JPEG: Satu format gambar pegun digital yang biasa. Satu 
sistem pemampatan data gambar-pegun yang 
diketengahkan oleh Joint Photographic Expert Group, 
yang menonjolkan satu pengurangan yang sedikit dalam 
kualiti imej walaupun dengan nisbah pemampatan yang 
tinggi.
MP3: Format fail dengan sistem pemampatan data bunyi. 
MP3, singkatan untuk Motion Picture Experts Broup 1 
(MPEG-1) Audio Layer 3. Dengan menggunakan format 
MP3, satu CD-R atau CD-RW mengandungi hampir 10 
kali kuantiti data seperti satu CD biasa.
Pelbagai Saluran: DVD adalah spesifi k mempunyai satu 
trek bunyi yang membentuk satu padang bunyi. Pelbagai 
saluran merujuk kepada satu struktur trek bunyi yang 
mengandungi tiga atau lebih saluran.
Tahap Ibu Bapa: Satu fungsi DVD untuk meghadkan 
mainan semula cakera mengikut umur pengguna menurut 
tahap penghadan di setiap negara. Penghadan berbeza-beza 
daripada cakera ke cakera; apabila ia diaktifkan, mainan 
semula dihalang sekiranya tahap perisian lebih tinggi 
daripada tahap penetapan pengguna. 
PCM (Pulse Code Modulation): Sistem untuk 
menukar isyarat bunyi analog kepada isyarat digital untuk 
diproseskan kemudian, dengan tiada pemampatan data 
digunakan dalam penukaran.
Kawalan Mainan Semula (PBC): Merujuk kepada 
isyarat yang direkodkan pada CD video atau SVCD untuk 
mengawal produksi semula. Dengan menggunakan skrin 
menu yang direkodkan pada CD Video atau SVCD yang 
menyokong PBC, anda akan menikmati perisian jenis 
interaktif di samping perisian yang mempunyai fungsi 
mencari.
Imbasan Progresif: Ia memaparkan semua garisan 
mendatar sesuatu gambar pada satu masa, sebagai bingkai 
isyarat. Sistem ini menukar video berjalin daripada DVD 
kepada format progresif untuk sambungan kepada paparan 
progresif. Ia secara dramatik meningkatkan resolusi 
menegak.
Kod Rantau: Sistem untuk membenarkan cakera untuk 
dimainkan semula hanya pada rantau yang ditentukan 
sebelumnya. Unit ini hanya akan memainkan cakera yang 
mempunyai kod rantau yang berpadanan. Anda boleh 
mencari kod rantau unit anda dengan melihat label 
produk. Sesetengah cakera adalah berpadanan dengan 
lebih daripada satu rantau. (atau SEMUA rantau).
Sekeliling: Sistem bagi mencipta lapangan bunyi tiga 
dimensi yang realistik penuh realisme dengan menyusun 
berbilang speaker di sekeliling pendengar.
S-Video: Menghasilkan satu gambar yang jelas dengan 
menghantar isyarat berasingan untuk cahaya samar-samar 
dan warna. Anda hanya boleh menggunakan S-Video 
sekiranya TV anda mempunyai bicu Masuk S-Video.
Tajuk: Seksyen yang terpanjang untuk gambar atau musik 
yang disorot pada DVD, musik, dll. Dalam perisian video 
atau pada keseluruhan album dalam perisian audio. Setiap 
tajuk diberi satu nombor tajuk membolehkan anda 
mencari tajuk yang dikehendaki.
Bicu TV OUT: Bicu pada belakang Sistem DVD yang 
menghantar video kepada TV.
WMA: Windows Media Audio.  Rujuk kepada teknologi 
mampatan audio yang dimajukan oleh Microsoft 
Corporation.  Data WMA boleh dikodkan dengan 
menggunakan Windows Media Player versi 9 atau Windos 
Media Player untuk Windowx XP.  Fail-fail dikenali dengan 
sambungan fail “WMA.”
Glossari
082-119_DVP3146K_98_bm1.indd   119
082-119_DVP3146K_98_bm1.indd   119
2007-01-22   11:28:55 AM
2007-01-22   11:28:55 AM