LG LGE420 Manuale Proprietario

Pagina di 320
13
Sila baca maklumat ini sebelum mula menggunakan 
telefon anda!
Sila semak sama ada masalah telefon yang anda hadapi telah diterangkan dalam 
bahagian ini sebelum anda membawa telefon anda untuk diservis atau menghubungi 
wakil servis.
1. Memori telefon 
Apabila ruang yang tinggal pada memori telefon anda kurang daripada 10%, telefon 
anda tidak akan dapat menerima mesej yang baru. Anda perlu memeriksa memori 
telefon anda dan memadamkan sebahagian data seperti aplikasi atau mesej, untuk 
menjadikan lebih banyak memori tersedia.
Untuk membuang pemasangan aplikasi:
1  
Sentuh 
 > Tab 
Aplikasi > Tetapan > Aplikasi daripada PERANTI.
2  
Selepas semua aplikasi muncul, tatal dan pilih aplikasi yang hendak anda 
membuang pemasangan.
3  
Sentuh 
Buang pemasangan.
2. Mengoptimumkan hayat bateri
Panjangkan hayat bateri anda antara cas dengan mematikan ciri yang anda tidak 
perlukannya berjalan secara berterusan di latar belakang. Anda juga boleh memantau 
bagaimana aplikasi dan sumber sistem menggunakan kuasa bateri. 
Memanjangkan hayat bateri anda:
Matikan komunikasi radio jika anda tidak menggunakannya. Jika anda tidak 
menggunakan Wi-Fi, Bluetooth atau GPS, matikan ia.
Kurangkan kecerahan skrin dan tetapkan masa tamat skrin yang lebih pendek.
Matikan penyegerakan automatik bagi Gmail, Kalendar, Kenalan dan aplikasi lain.
Sesetengah aplikasi yang telah anda muat turun mungkin akan mengurangkan kuasa 
bateri.
Notis penting