LG LGE420 Manuale Proprietario

Pagina di 320
33
Menukar Kertas Hias Dinding skrin Utama
Anda boleh menukar Kertas Hias Dinding (latar belakang) skrin Utama anda dengan 
mengikuti langkah-langkah ini:
1  
Dari skrin Utama, sentuh dan tahan kawasan kosong pada skrin.
2  
Di bawah tajuk 
Pilih kertas dinding daripada tajuk, ketik salah satu pilihan berikut:
Galeri: pilih kertas dinding daripada foto yang anda telah ambil dengan kamera 
anda.
Kertas Dinding Secara Langsung: pilih kertas dinding beranimasi. Pilihan ini 
tidak tersedia untuk pilihan skrin Kunci.
Galeri kertas dinding: pilih daripada banyak kertas dinding bergambar pegun.
Mencipta Pintasan pada skrin Utama
Pintasan berbeza daripada Widget skrin Utama semasa, yang hanya melancarkan 
aplikasi. Pintasan mengaktifkan ciri, tindakan, atau melancarkan aplikasi.
NOTA: Untuk mengalihkan pintasan dari satu skrin ke skrin yang lain, ia mesti 
dipadamkan pada skrin semasa. Navigasi ke skrin baru, kemudian tambah 
pintasan.
Menambah pintasan dari Menu Aplikasi
1  
Tekan 
 untuk pergi ke skrin Utama yang utama, jika ia belum dipilih.
2  
Navigasi ke skrin Utama yang diinginkan.
3  
Ketik 
 untuk memaparkan aplikasi semasa anda.
4  
Tatal menerusi senarai dan cari aplikasi yang anda inginkan.
5  
Sentuh dan tahan ikon aplikasi. Ini mencipta pintasan serta merta bagi ikon yang 
dipilih dan menutup tab 
Apl.
6  
Dengan masih menahan ikon atas skrin, tempatkannya pada halaman semasa. 
Setelah selesai, lepaskan skrin untuk mengunci pintasan baru pada kedudukan 
barunya pada skrin semasa.