LG LGE420 Manuale Proprietario

Pagina di 320
82
Tetapan 
Mengakses menu Tetapan
1  
Pada skrin Utama, sentuh 
 > tab 
Apl > Tetapan. 
atau 
Pada skrin Utama, sentuh 
 > 
Tetapan sistem.
2  
Pilih kategori tetapan dan pilih pilihan.
WAYARLES & RANGKAIAN
< Dwi SIM >
Anda boleh mengkonfigurasi Tetapan Dwi SIM. Apabila dua kad SIM dimasukkan pada 
telefon anda, maklumat kad SIM akan dipaparkan.
Sentuh untuk menandai. Ini akan menghidupkan SIM yang dipilih menjadi aktif.
NOTA: Kedua-dua kad SIM tidak boleh dimatikan serentak.
Data didayakan – sentuh untuk menanda. Ini mendayakan akses data menerusi 
rangkaian mudah alih.
Rangkaian data lalai – anda boleh menukar rangkaian asalan data. Semua 
perkhidmatan paket mudah alih (Web, MMS, E-mel, dsb) akan menggunakan SIM yang 
dipilih sebagai rangkaian asalan.
Apabila hanya satu kad SIM dimasukkan, rangkaian asalan data dipilih sebagai SIM 
yang dimasukkan dan penukaran tidak dibenarkan.
NOTA: Apabila mod pesawat dihidupkan, tetapan dwi SIM akan 
dinyahdayakan.
Perayauan data – Sentuh untuk menanda. Membenarkan anda untuk bersambung ke 
perkhidmatan data sewaktu perayauan.
< Wi-Fi >
Wi-Fi – Menghidupkan Wi-Fi untuk menyambung ke rangkaian Wi-Fi yang tersedia.