LG LGE420 Manuale Proprietario

Pagina di 320
93
Kemas kinian perisian telefon
Kemas kinian perisian telefon bimbit LG daripada Internet
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan fungsi ini, sila lawati 
dan bahasa anda. 
Ciri ini membolehkan anda mengemas kini perisian tegar telefon anda kepada versi 
terkini daripada Internet dengan mudah tanpa melawati pusat servis. Ciri ini tersedia 
hanya jika dan apabila LG membuat versi lebih baru peralatan tegar yang tersedia bagi 
peranti anda.
Oleh kerana pengemaskinian peralatan tegar telefon mudah alih memerlukan perhatian 
penuh pengguna sepanjang tempoh proses kemas kini, sila pastikan anda memeriksa 
semua arahan dan nota yang muncul pada setiap langkah sebelum meneruskannya. 
Sila ambil perhatian bahawa menanggalkan kabel data USB semasa naik taraf boleh 
menyebabkan kerosakan teruk kepada telefon mudah alih anda.
NOTA: LG berhak membuatkan kemas kinian peralatan tegar hanya tersedia 
bagi model terpilih mengikut budi bicaranya sendiri dan ini tidak menjamin 
ketersediaan versi lebih baru peralatan tegar bagi semua model telefon bimbit.
Kemas kinian Perisian Telefon Mudah Alih LG melalui teknologi Over-the-Air 
(OTA)
Ciri ini membolehkan anda mengemas kini perisian telefon anda kepada versi lebih 
baru dengan mudah melalui OTA, tanpa menyambung menggunakan kabel data USB. 
Ciri ini tersedia hanya jika dan apabila LG membuat versi lebih baru peralatan tegar 
yang tersedia bagi peranti anda.
Anda hendaklah terlebih dahulu menyemak versi perisian pada telefon bimbit anda: 
Tetapan > Mengenai telefon > Umum > Kemas kini perisian > Semak sekarang 
untuk kemas kini.
Kemas kinian perisian telefon