LG P990 OPTIMUS SPEED Manuale Proprietario

Pagina di 353
22
Mengenali telefon anda
NOTA: Jika terdapat kandungan dalam
kad memori anda, struktur foldernya
mungkin berbeza selepas diformatkan
memandangkan semua fail telah
dipadamkan.
Mengunci dan menyahkunci 
skrin
Jika anda tidak menggunakan telefon buat
beberapa lama, skrin akan terpadam dan
terkunci secara automatik. Ini membantu
menghalang daripada kekunci ditekan tanpa
sengaja dan menjimatkan kuasa bateri.
Apabila anda tidak menggunakan LG-P990,
tekan
kekunci Kuasa/Kunci
untuk
mengunci telefon anda.
Jika mana-mana program sedang berjalan
ketika anda menetapkan skrin kunci, ia
mungkin masih terus berjalan dalam mod
Kunci. Anda disyorkan agar keluar daripada
semua program sebelum memasuki mod
Kunci untuk mengelakkan bayaran yang tak
perlu (seperti panggilan telefon, akses web
dan komunikasi data).
Untuk membangunkan telefon anda, tekan
kekunci Kuasa/Kunci
. Skrin kunci
akan muncul. Sentuh dan luncurkan skrin
kunci ke mana-mana arah untuk membuka
kunci skrin utama anda. Skrin terakhir yang
anda lihat akan terbuka.
Lindungi skrin kunci anda
Anda boleh mengunci skrin sentuh dengan
mengaktifkan ciri kunci skrin. Telefon anda
akan memerlukan kod nyahkunci setiap
kali anda menghidupkan telefon atau
menyahkunci skrin sentuh.
LG tidak bertanggungjawab di atas
sebarang kehilangan kod keselamatan
atau maklumat persendirian atau
kerosakan lain yang disebabkan oleh
perisian yang tidak sah.
Tetapkan nyahkunci seret
1  
Pada Skrin utama, sentuh
untuk
membuka senarai aplikasi dan pilih
Tetapan > Kunci skrin > Pilih kunci 
skrin > Seret.
2  
Seret skrin untuk menyahkunci skrin.
Tetapkan corak nyahkunci
1  
Pada Skrin utama, sentuh
untuk
membuka senarai aplikasi dan pilih
Tetapan > Kunci skrin > Pilih kunci 
skrin > Corak.
2  
Lihat arahan pada skrin dan corak contoh
dan pilih
Seterusnya.
3  
Lukiskan corak dengan menyeret jari
anda untuk menyambung sekurang-
kurangnya 4 titik.
4  
Pilih
Teruskan.
5  
Lukis corak semula untuk sahkan.
6  
Pilih
Sahkan.