LG P990 OPTIMUS SPEED Manuale Proprietario

Pagina di 353
73
Seret - Seret mana-mana bahagian skrin
untuk membuka kunci skrin.
Corak - Membuka beberapa skrin
yang membantu anda melalui lukisan
corak buka kunci skrin. Anda disyorkan
untuk memasukkan juga PIN sandaran
sekiranya anda mungkin kehilangan
corak. Kemudian, anda boleh tetapkan
kertas hias dinding pada skrin kunci,
sama ada untuk menunjukkan maklumat
pemilik, pemasa kunci, bergetar
apabila disentuh, atau sama ada untuk
menjadikan corak boleh dilihat.
PIN - Masukkan PIN numerik untuk
membuka kunci skrin.
Kata laluan - Masukkan kata laluan
untuk membuka kunci skrin.
Kertas dinding- Pilih kertas dinding untuk
memaparkan skrin kunci anda.
Jam & pintasan – Sesuaikan jam dan
pintasan pada skrin kunci.
Maklumat pemilik - Paparkan maklumat
pemilik pada skrin kunci.
< MASA KUNCI >
Pemasa Kunci – Semasa telefon anda
dalam mod tidur, telefon anda akan dikunci
selepas masa yang anda tetapkan di sini
telah berlalu. Tetapi, jika Tiada dipilih pada
menu Pilih skrin kunci, telefon anda tidak
akan dikunci.
Butang kuasa segera mengunci – Tanpa
mengira tetapan Pemasa kunci, telefon anda
akan dikunci dengan segera apabila butang
Kuasa ditekan. Tetapi, jika Tiada dipilih pada
menu Pilih skrin kunci, telefon anda tidak
akan dikunci.
Storan
< STORAN DALAMAN >
Anda boleh memantau ruang yang telah
digunakan dan yang ada dalam memori
sistem.
Jumlah ruang - Menyenaraikan jumlah
ruang dalam mana-mana kad microSD yang
dipasang pada telefon anda. Ia dibahagikan
mengikut jenis fail yang disimpan.
< KAD SD >
Anda boleh memantau ruang yang telah
digunakan dan yang ada dalam kad microSD
anda.
Keluarkan kad SD - Ketik ini untuk
mengeluarkan kad microSD daripada telefon
anda, anda boleh mengeluarkannya dengan
selamat daripada peranti.
Padam kad SD - Memadamkan secara
kekal semuanya dalam kad microSD dan
menyediakannya untuk digunakan pada
telefon anda.