LG H650E Guida Utente

Pagina di 311
77
Tetapan 
Tolak panggilan – Membolehkan anda menetapkan fungsi tolak panggilan.
Tidak menerima dengan mesej – Apabila anda hendak menolak panggilan,
anda boleh menghantar mesej pantas menggunakan fungsi ini. Ini amat berguna
jika anda perlu menolak panggilan semasa anda menghadiri mesyuarat.
Mengalihkan panggilan – Membolehkan anda memilih apabila memajukan
panggilan.
Jawab secara automatik – Tetapkan masa sebelum peranti bebas tangan yang
bersambung menjawab panggilan masuk secara automatik.
Getaran penyambungan – Telefon anda bergetar semasa pihak yang dihubungi
menjawab panggilan.
Penyekatan Bunyi – Menyekat bunyi latar belakang pada peranti anda semasa
panggilan.
Kejelasan suara – Meningkatkan kualiti suara dalam persekitaran yang bising
supaya anda boleh mendengar dengan lebih jelas.
Simpan nombor tidak dikenali – Membolehkan anda menambah nombor tidak
dikenali ke dalam kenalan selepas panggilan.
Kekunci kuasa tamatkan panggilan – Membolehkan anda menggunakan
kekunci kuasa untuk menamatkan panggilan.
Jawab panggilan masuk – Tanda semak untuk mendayakan anda membawa
peranti ke telinga anda untuk menjawab panggilan masuk secara automatik.
Panggilan masuk secara senyap – Tanda semak untuk membolehkan anda
menterbalikkan peranti untuk menyenyapkan panggilan masuk.
Sekatan panggilan – Mengunci panggilan masuk, keluar atau antarabangsa.
Tempoh Panggilan – Membolehkan anda melihat tempoh panggilan untuk jenis
panggilan yang pelbagai.
Tetapan tambahan – Membolehkan anda menukar tetapan yang berikut.
ID Pemanggil: Membolehkan anda menetapkan pilihan pemajuan panggilan.
Panggilan Menunggu: Jika panggilan menunggu diaktifkan, telefon akan
memberitahu anda tentang panggilan masuk semasa anda sedang menjawab
panggilan lain (bergantung kepada pembekal rangkaian anda).