LG LGX155 Guida Utente
66
Tentang panduan pengguna ini
Tentang panduan pengguna ini
Tentang panduan pengguna ini
•
Sebelum menggunakan peranti anda, sila baca panduan ini dengan teliti. Ini
akan memastikan bahawa anda menggunakan telefon anda dengan selamat dan
dengan betul.
•
Sesetengah imej dan tangkap layar yang disediakan dalam panduan ini mungkin
nampak berbeza pada telefon anda.
•
Kandungan anda mungkin berbeza daripada produk akhir, atau daripada perisian
yang dibekalkan oleh pembekal khidmat atau pembawa. Kandungan ini tertakluk
kepada perubahan tanpa notis lebih awal. Bagi versi terkini panduan ini, sila
lawati laman web LG di www.lg.com.
•
Aplikasi telefon anda dan fungsinya mungkin berbeza mengikut negara, wilayah
atau spesifikasi perkakasan. LG tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap
sebarang masalah prestasi yang timbul akibat penggunaan aplikasi yang
dibangunkan oleh pembekal selain daripada LG.
•
LG tidak boleh dipertanggungjawabkan atas isu prestasi atau ketidakserasian
yang timbul akibat tetapan pendaftaran yang diedit atau perisian sistem
pengendalian yang diubah suai. Sebarang cubaan untuk menyesuaikan sistem
pengendalian anda boleh mengakibatkan peranti atau aplikasinya tidak berfungsi
dengan betul.
•
Perisian, audio, kertas dinding, imej dan media lain yang dibekalkan bersama
peranti anda telah dilesenkan untuk penggunaan terhad. Jika anda memetik
dan menggunakan bahan-bahan ini untuk tujuan perdagangan atau tujuan lain,
anda mungkin melanggar undang-undang hak cipta. Sebagai pengguna, anda
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan media yang tidak sah di
sisi undang-undang.
•
Caj tambahan mungkin akan dikenakan untuk perkhidmatan data, seperti
perkhidmatan mesej, memuat naik, memuat turun, penyegerakan auto dan
perkhidmatan lokasi. Pilih pelan data yang sesuai dengan keperluan anda