LG LGX155 Guida Utente
24
Skrin Utama anda
Skrin Utama anda
Petua skrin sentuh
Di sini terdapat beberapa petua mengenai cara menavigasi telefon anda.
•
Ketik atau sentuh – Satu ketikan jari memilih item, pautan, jalan pintas dan
huruf pada papan kekunci pada skrin.
•
Sentuh dan tahan – Sentuh dan tahan item pada skrin dengan mengetiknya dan
tidak mengangkat jari anda sehingga tindakan berlaku.
•
Seret – Sentuh dan tahan item buat seketika, lalu, tanpa mengangkat jari
anda, gerakkan jari anda pada skrin sehingga anda mencapai kedudukan
yang disasarkan. Anda boleh menyeret item pada Skrin utama untuk menukar
kedudukannya.
•
Leret atau luncur - Untuk meleret atau meluncur, dengan cepat gerakkan jari
anda merentasi permukaan skrin, tanpa menjeda apabila pertama kali anda
menyentuhnya (maka, anda tidak menyeret item).
•
Dwiketik – Dwiketik untuk mengunci atau membuka kunci skrin.
•
Cubit untuk Zum – Gunakan jari telunjuk dan ibu jari anda dalam gerakan
mencubit atau mengembang untuk zum masuk atau keluar semasa
menggunakan penyemak imbas, Peta atau semasa melihat gambar.
•
Putar skrin – Daripada banyak aplikasi dan menu, orientasi skrin akan dilaraskan
mengikut orientasi fizikal peranti.
NOTA
•
Jangan tekan terlalu kuat; skrin ketik cukup sensitif untuk mengesan
ketikan yang ringan, namun teguh.
•
Gunakan hujung jari anda untuk mengetik pilihan yang anda kehendaki.
Berhati-hati supaya tidak mengetik butang lain.