LG LG G3 Beat (D722K) (Black) Manuale Proprietario

Pagina di 261
30
Lagu sedang dimainkan
Perkongsian kandungan dihidupkan
Radio FM dihidupkan
NOTA: Kedudukan ikon pada bar status mungkin berbeza mengikut fungsi atau 
perkhidmatan.
Papan kekunci atas skrin
Anda juga boleh memasukkan teks menggunakan papan kekunci atas skrin. Papan kekunci atas skrin muncul 
secara automatik pada skrin apabila anda perlu memasukkan teks. Untuk memaparkan papan kekunci secara 
manual, hanya sentuh medan teks tempat anda hendak memasukkan teks.
Menggunakan pad kekunci & memasukkan teks
 Ketik sekali untuk menjadikan huruf seterusnya yang anda taip dalam huruf besar. Ketik dua kali untuk 
membuatkan semua huruf besar.
 Ketik untuk beralih kepada papan kekunci simbol.
  Ketik untuk mengakses tetapan papan kekunci. Sentuh dan tahan untuk memasukkan teks menggunakan 
suara atau memasukkan item yang disalin ke Dulang Klip. 
 Ketik untuk memasukkan ruang.
 Ketik untuk mencipta baris baru.
 Ketik untuk memadam aksara yang sebelumnya.
Memasukkan huruf aksen
Apabila anda memilih bahasa Perancis atau Sepanyol sebagai bahasa masukan teks, anda boleh memasukkan 
aksara istimewa Perancis atau Sepanyol (seperti “á”).
Sebagai contoh, untuk memasukkan "á", sentuh dan tahan kekunci "a" sehingga kekunci zum masuk menjadi 
semakin besar dan memaparkan aksara daripada pelbagai bahasa.  
Lalu pilih aksara khas yang anda kehendaki.
Skrin utama anda