LG LG G3 Beat (D722K) (Black) Manuale Proprietario

Pagina di 261
69
Android Beam – Apabila ciri ini dihidupkan, anda boleh memancarkan kandungan apl ke peranti boleh NFC 
dengan memegang peranti dalam keadaan rapat. 
Hanya rapatkan kedua-dua peranti (biasanya membelakangi satu sama lain) kemudian ketik skrin anda. Aplikasi 
akan menentukan apa yang akan dipancarkan.
SmartShare Beam – Dayakan untuk menerima fail daripada telefon dan tablet LG.
Pelayan media – Membolehkan anda berkongsi kandungan multimedia telefon dengan peranti serasi DLNA 
yang berdekatan.
LG PC Suite – Tandakan ini untuk menggunakan LG PC Suite dengan sambungan Wi-Fi anda. Sila ambil 
perhatian bahawa rangkaian Wi-Fi hendaklah disambungkan kepada LG PC Suite melalui sambungan Wi-Fi.
< Penambatan & Rangkaian >
Penambatan USB – Sambungkan kabel USB untuk berkongsi sambungan Internet dengan komputer.
Hotspot Wi-Fi – Anda boleh juga menggunakan telefon anda untuk menyediakan sambungan jalur lebar mudah 
alih. Buat hotspot dan kongsi sambungan anda. Sila baca 
maklumat lanjut. 
Penambatan Bluetooth – Membolehkan anda menetapkan telefon anda sama ada anda berkongsi sambungan 
Internet atau tidak.
Bantuan – Ketik untuk melihat maklumat bantuan pada Penambatan USB, Wi-Fi hotspot dan fungsi 
penambatan Bluetooth.
Mod pesawat – Selepas bertukar kepada Mod pesawat, semua sambungan wayarles akan dinyahdayakan.
NOTA:Anda mesti menetapkan PIN atau kata laluan kunci skrin sebelum anda boleh 
menggunakan simpanan tauliah.
Rangkaian mudah alih – Tetapkan pilihan untuk perayauan data, mod & operator rangkaian, nama pusat 
akses (APN), dll 
.
VPN – Memaparkan senarai Rangkaian Peribadi Maya (VPN) yang telah anda konfigurasikan sebelum ini. 
Membolehkan anda menambah jenis VPN yang berbeza.
Bunyi
Profil bunyi – Pilih Bunyi, Getar sahaja atau Do Not Disturb.
Volum – Laraskan tetapan volum telefon untuk disesuaikan dengan keperluan dan persekitaran anda.
Nada dering – Tetapkan nada dering untuk panggilan. Anda juga boleh menambah nada dering dengan 
mengetik 
 di sudut atas sebelah kanan skrin.