LG LG G3 Beat (D722K) (Black) Manuale Proprietario

Pagina di 261
79
Mengenai panduan pengguna ini
Sebelum menggunakan peranti anda, sila baca manual ini dengan teliti. Ini akan memastikan bahawa anda 
menggunakan telefon anda dengan selamat dan dengan betul.
Sesetengah imej dan tangkap layar yang disediakan dalam panduan ini mungkin nampak berbeza pada 
telefon anda.
Kandungan anda mungkin berbeza daripada produk akhir, atau daripada perisian yang dibekalkan oleh 
pembekal perkhidmatan atau pembawa. Kandungan ini mungkin tertakluk kepada perubahan tanpa notis lebih 
awal. Bagi versi terkini manual ini, sila lawati laman web LG diwww.lg.com.
Aplikasi telefon anda dan fungsinya mungkin berbeza mengikut negara, wilayah, atau spesifikasi perkakasan. 
LG tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang masalah prestasi yang timbul akibat penggunaan 
aplikasi yang dibangunkan oleh pembekal selain daripada LG.
LG tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap masalah prestasi atau ketidakserasian yang timbul akibat 
tetapan daftaran yang diedit atau perisian sistem pengendalian yang diubah suai. Sebarang cubaan untuk 
menyesuaikan sistem pengendalian anda boleh menyebabkan peranti atau aplikasinya tidak berfungsi 
sebagaimana sepatutnya.
Perisian, audio, kertas hias dinding, imej, dan media lain yang dibekalkan bersama peranti anda telah 
dilesenkan untuk penggunaan terhad. Jika anda memetik dan menggunakan bahan ini untuk tujuan komersial 
atau lain,  anda mungkin melanggar undang-undang hak cipta. Sebagai pengguna, anda bertanggungjawab 
sepenuhnya terhadap penggunaan media yang tidak sah di sisi undang-undang.
Bayaran tambahan mungkin dikenakan untuk perkhidmatan data, seperti pemesejan, memuat naik dan 
memuat turun, penyegerakkan auto, atau menggunakan perkhidmatan lokasi. Untuk mengelakkan caj 
tambahan, pilih pelan data yang sesuai dengan keperluan anda. Hubungi pembawa perkhidmatan anda untuk 
mendapatkan butiran tambahan.
Tanda dagangan
LG dan logo LG adalah tanda dagangan berdaftar LG Electronics.
Semua tanda dagangan dan hak cipta lain adalah harta pemiliknya masing-masing.
Notis: Perisian Sumber Terbuka
Untuk mendapatkan kod sumber sepadan di bawah GPL, LGPL, MPL dan lesen sumber 
terbuka yang lain, sila lawati http://opensource.lge.com/ 
Semua terma lesen, penafian dan notis sedia untuk dimuat turun dengan kod sumber.
Mengenai panduan pengguna ini