LG LG G3 Beat (D722K) (Black) Manuale Proprietario

Pagina di 261
11
Notis penting
Sila semak sama ada sebarang masalah telefon yang anda hadapi telah diterangkan dalam bahagian ini, 
sebelum anda membawa telefon anda untuk diservis atau memanggil wakil servis.
1. Memori telefon 
Apabila ruang yang tinggal pada memori telefon anda kurang daripada 10%, telefon anda tidak akan dapat 
menerima mesej yang baru. Anda perlu memeriksa memori telefon anda dan memadamkan sebahagian data 
seperti aplikasi atau mesej, untuk menjadikan lebih banyak memori tersedia.
Untuk membuang pemasangan aplikasi:
1  
Ketik 
 > 
 > tab 
Aplikasi > Tetapan > tab Umum > Aplikasi.
2  
Selepas semua aplikasi muncul, tatal dan pilih aplikasi yang hendak anda membuang pemasangan.
3  
Ketik 
Nyahpasang.
2. Mengoptimumkan hayat bateri
Anda boleh memanjangkan hayat bateri anda dengan mematikan ciri yang tidak perlu anda jalankan setiap masa 
di latar belakang. Anda juga boleh memantau cara aplikasi dan sumber sistem menggunakan kuasa bateri.
Memanjangkan hayat bateri anda:
Matikan komunikasi radio jika anda tidak menggunakannya. Jika anda tidak menggunakan Wi-Fi, Bluetooth 
atau GPS, matikannya.
Kurangkan kecerahan skrin dan tetapkan masa tamat skrin yang lebih pendek.
Matikan penyegerakkan automatik bagi Gmail, Kalendar, Kenalan dan aplikasi lain.
Sesetengah aplikasi yang telah anda muat turun mungkin akan mengurangkan kuasa bateri.
Semasa menggunakan aplikasi yang dimuat turun, semak tahap cas bateri.
Untuk memeriksa tahap cas bateri:
Ketik tab 
 > 
 > 
Apl > Tetapan > tab Umum > Mengenai telefon > Bateri.
Status bateri (mengecas atau menyahcas) dan tahap bateri (peratus dicaj) akan dipaparkan pada bahagian atas 
skrin.
Sila baca maklumat ini sebelum mula menggunakan 
telefon anda!