Philips HD4918 ユーザーズマニュアル

ページ / 62
0
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk 
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh 
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Periuk aruhan berfungi atas dasar elektromagnet yang menghasilkan medan 
elektromagnet frekuensi tinggi yang berkuasa. Apabila alat memasak yang 
terdiri daripada bahan magnet (cthnya. besi) diletak pada periuk aruhan, 
medan elektromagnet memindahkan tenaga ke bahagian bawah alat 
tersebut, yang menyebabkan alat memasak dan makanan di dalamnya 
menjadi panas. Jumlah haba yang dijana di dalam alat memasak tersebut 
di kawal dengan mengubah kekuatan medan elektromagnet itu. Apabila 
kekuatan medan elektromagnet ditukar, suhu alat memasak itu bertukar 
serta merta.
Kelebihan periuk aruhan:
Selamat: periuk aruhan tidak menggunakan nyalaan atau api yang 
terbuka. Ia juga mempunyai beberapa ciri keselamatan, yang 
membolehkan anda seronok memasak bersama keluarga pada bila-bila 
masa.
Cepat: dalam pemasakan aruhan, alat memasak bertindak sebagai 
sumber haba. Ini menghasilkan pemindahan haba yang lebih cepat 
dan lebih rata, mengurangkan masa memasak sehingga lebih daripada 
1/3 berbanding dengan pemasakan secara konvensional.
Serba boleh: periuk aruhan mempunyai 8 mod memasak yang 
dipratetapkan, setiap satu dengan corak pemanasan tersendiri yang 
optimum. Mod ini membenarkan anda menyediakan pelbagai pilihan 
makanan yang berkhasiat.
Kegunaan yang mesra: panel kawalan dan paparan yang mudah dan 
interaktif membolehkan anda melaraskan tetapan dengan mudah 
dengan sentuhan butang. 
Selesa: proses memasak dengan periuk aruhan adalah bebas asap dan 
menghasilkan gris yang sedikit. Selain itu, periuk dan kawasan sekitarnya 
tetap sejuk. Ini membolehkan anda memasak dalam persekitaran yang 
dingin dan selesa. 
Mudah alih: periuk aruhan mempunyai reka bentuk yang kompak dan 
plat memasaknya sentiasa sejuk. Ini bermakna perkakas ini sentiasa 
selamat untuk digunakan dan ia membolehkan anda memasak di mana-
mana dalam rumah anda.
Perihalan umum (gamb. 1)
a  Plat memasak kristalit 
B  Badan
C  Zon memasak
D  Panel kawalan
E  Paparan
F  Salur keluar udara
g  Salur masuk udara
H  Kord sesalur kuasa
Panel kawalan
1  Mod masak pratetap dengan lampu penunjuk 
2  Butang Jam:Min (masa memasak)
3  Butang pemasa
-
-
-
-
-
-
BaHasa MElayu