Philips HD4918 ユーザーズマニュアル

ページ / 62
Penyimpanan
Jangan letak objek yang berat pada plat memasak kristalit kerana ia 
mudah pecah. 
Jangan simpan perkakas di tempat yang panas, contohnya berhampiran 
dengan dapur.
Jika anda tidak akan menggunakan perkakas buat tempoh masa yang agak 
lama, kami menasihatkan anda supaya menyimpan perkakas tersebut di 
tempat yang kering dan selamat. 
alam sekitar
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada akhir hayatnya, 
tetapi bawanya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan 
melakukan sedemikian anda akan membantu memelihara alam sekitar.
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat atau jika anda 
mengalami masalah, sila lawati laman web Philips di www.philips.com atau 
hubungi Pusat Perkhidmatan pelanggan Philips di negara anda (anda boleh 
mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika 
tiada Pusat Penjagaan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar 
Philips tempatan. 
Menyelesaikan masalah
Jika periuk aruhan tidak berfungsi dengan betul atau jika mutu masakan 
tidak baik, rujuk jadual di bawah. Jika anda tidak dapat menyelesaikan 
masalahnya, sila hubungi pusat servis Philips atau Pusat Penjagaan Pelanggan 
di negara anda. 
Masalah
Penyelesaian
Lampu kuasa hidup tidak 
menyala.
Terdapat masalah sambungan. Periksa sama ada periuk aruhan 
disambungkan dengan sesalur kuasa dan sama ada plag dimasukkan 
dengan rapi ke dalam soket dinding
Lampu rosak. Bawa perkakas ke wakil penjual Philips anda atau ke pusat 
servis yang diluluskan oleh Philips.
Apabila saya menekan 
butang mod memasak, 
lampu hidup bagi mod yang 
dipilih tidak menyala.
Lampu rosak. Bawa perkakas ke wakil penjual Philips anda atau ke pusat 
servis yang diluluskan oleh Philips.
-
BaHasa MElayu
0