Philips HR1820 ユーザーズマニュアル

ページ / 44
Maklumat & perkhidmatan
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi masalah, sila kunjungi laman Web Philips di 
www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh 
mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Layanan 
Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan atau Jabatan Servis Syarikat 
Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri BV Philips.
Panduan menyelesaikan masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi dengan pemerah jus anda. Sila 
baca seksyen-seksyen yang berkenaan untuk mendapatkan butir-butir lanjut. Jika anda tidak dapat 
menyelesaikan masalah anda, hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (nombor 
telefonnya terdapat di dalam risalah jaminan antarabangsa). Jika tiada Pusat Layanan Pelanggan di 
negara anda, sila hubungi wakil pengedar Philips tempatan atau hubungi Pusat Servis Philips yang 
terdekat.
Masalah
Penyelesaian
Perkakas tidak berjalan
Perkakas dipasang dengan suatu sistem keselamatan. Ia tidak akan 
berfungsi jika bahagian-bahagiannya tidak dipasangkan dengan betul. 
Periksa sama ada bahagian-bahagiannya telah dipasang dengan cara 
yang betul, tetapi matikan perkakas terlebih dahulu sebelum berbuat 
demikian.
Unit motor mengeluarkan 
bau busuk sewaktu 
perkakas digunakan pada 
beberapa kali pertama.
Ini tidak luar biasa. Jika perkakas terus mengeluarkan bau ini setelah 
beberapa kali digunakan, periksa kuantiti yang anda proses serta 
tempoh pemprosesan. Setelah perkakas berjalan selama 2 minit, 
matikannya dan biarkan ia menjadi sejuk selama 2 minit.
Perkakas membuat bunyi 
yang bising, mengeluarkan 
bau, terlalu panas untuk 
disentuh, berasap, dll.
Matikan perkakas dan buka plag. Hubungi Pusat Servis Phillips 
terdekat atau wakil penjaual untuk bantuan lanjut.
Penyaring tersumbat.
Matikan perkakas, bersihkan tiub suapan, dan proseskan kuantiti yang 
lebih kecil.
Penyaring menyentuh tiub 
suapan atau bergetar 
dengan kuat semasa 
pemprosesan.
Matikan perkakas dan buka palam. Periksa sama ada penyaring telah 
ditempatkan dengan betul di dalam pengumpul pulpa. Rusuk di 
bawah penyaring mesti muat dengan betul pada aci pemacu. Periksa 
sama ada penyaring rosak. Retak, cakera jeriji yang longgar atau apa-
apa keluarbiasaan yang lain boleh menyebabkan pincang tugas.
BaHasa MElayu
1