Philips SPF1017/12 ユーザーズマニュアル

ページ / 29
2
MS-MY
1 Penting
Keselamatan
Langkah berjaga-jaga keselamatan dan 
penyenggaraan
Jangan sekali-kali, menyentuh, menolak, 
menggosok atau memukul skrin dengan 
objek yang keras kerana ini boleh 
merosakkan skrin secara kekal.
Apabila produk tidak digunakan bagi 
tempoh yang lama, cabut palamnya.
Sebelum anda membersihkan skrin, 
matikan dan cabut palam kod kuasa. 
Bersihkan skrin hanya dengan kain yang 
lembut dan dilembapkan dengan air sahaja. 
Jangan sekali-kali gunakan bahan seperti 
alkohol, bahan kimia atau pencuci rumah 
untuk membersihkan produk.
Jangan sekali-kali letakkan produk 
berhampiran dengan nyalaan terbuka 
atau sumber haba lain, termasuk cahaya 
matahari langsung.
Jangan sekali-kali dedahkan produk pada 
hujan atau air. Jangan sekali-kali letakkan 
bekas cecair, seperti pasu, hampir dengan 
produk.
Jangan sekali-kali jatuhkan produk. Apabila 
anda terjatuhkan produk, ia akan rosak.
Jauhkan dirian dari kabel.
Pastikan anda telah memasang dan 
menggunakan perkhidmatan atau perisian 
hanya daripada sumber yang boleh 
dipercayai yang bebas virus atau perisian 
yang berbahaya.
Produk ini direka bentuk untuk penggunaan 
dalam bangunan sahaja.
Gunakan penyesuai kuasa yang dibekalkan 
untuk produk.
Notis
Jaminan
Tiada komponen yang boleh disenggara oleh 
pengguna. Jangan buka atau keluarkan penutup 
di bahagian dalam produk. Pembaikan hanya 
boleh dilakukan oleh Pusat Perkhidmatan 
Philips dan kedai pembaikan rasmi. Kegagalan 
untuk melakukan demikian akan membatalkan 
sebarang jaminana, sama ada yang nyata atau 
tersirat. 
Apa-apa pengendalian yang dilarang secara 
nyata dalam manual ini, apa-apa penyelarasan, 
atau prosedur pemasangan yang tidak disyorkan 
atau dibenarkan dalam manual ini hendaklah 
membatalkan jaminan ini.
Pembuatan salinan tidak sah terhadap bahan 
yang dilindungi salin, termasuk atur cara 
komputer, fail, rakaman siaran dan bunyi, 
mungkin melanggar hak cipta dan membentuk 
kesalahan jenayah. Peralatan ini tidak sepatutnya 
digunakan untuk tujuan yang sedemikian. 
Pengisytiharan Keakuran
Philips Consumer Lifestyle mengisytiharkan di 
bawah tanggungjawab kami bahawa produk ini 
akur dengan piawaian berikut
EN60950-1:2006 (Keperluan keselamatan bagi 
Peralatan Teknologi  Maklumat)
EN55022:2006 (Keperluan Gangguan Radio 
bagi Peralatan Teknologi Maklumat)
EN55024:1998 (Keperluan imuniti bagi 
Peralatan Teknologi  Maklumat)
EN61000-3-2:2006 (Had untuk Pancaran Arus 
Harmonik)
EN61000-3-3:1995 (Had untuk Turun Naik dan 
Kerlipan Voltan)
berikutan peruntukan arahan yang berkenaan
73/23/EEC (Arahan Voltan Rendah)
2004/108/EC (Arahan EMC)