Philips HX8211/02 ユーザーズマニュアル

ページ / 64
26
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips!  
Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan 
oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome
Gunakan AirFloss sebagai sebahagian rutin penjagaan gigi anda.  
Selain menggosok gigi, ia membantu mengurangkan plak gigi.
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan 
perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
Bahaya
 - Jauhkan pengecas dari air. Jangan letak atau simpan di atas atau 
berdekatan dengan air yang terdapat di dalam tab mandi, singki, dsb. 
Jangan benamkan pengecas ke dalam air atau sebarang cecair lain. 
Selepas membersihkannya, pastikan pengecas benar-benar kering 
sebelum anda menyambungkannya dengan sesalur kuasa.
Amaran
 - Kord sesalur kuasa tidak boleh diganti. Sekiranya kord sesalur kuasa 
rosak, buang pengecas tersebut. Pastikan anda menggantinya setiap 
kali dengan jenis yang asli bagi mengelakkan bahaya. 
 - Jika perkakas rosak walaupun sedikit (muncung, pemegang dan/atau 
pengecas AirFloss), berhenti menggunakannya.
 - Perkakas ini tidak mengandungi sebarang bahagian yang boleh 
disenggara. Jika perkakas rosak, hubungi Pusat Jagaan Pelanggan di 
negara anda (lihat bab ‘Jaminan dan sokongan’).
 - Jangan gunakan pengecas di luar atau berdekatan permukaan panas.
 - Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang  
(termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau 
mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka 
telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas 
ini oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
 - Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka 
tidak bermain dengan perkakas ini.
BAHASA MELAYU