LG H650E ユーザーガイド
Perkara-perkara asas
27
26
Sentuh dan tahan
Sentuh dan tahan item pada skrin dengan mengetiknya dan tidak
mengangkat jari anda sehingga tindakan berlaku.
Seret
Sentuh dan tahan item buat seketika, lalu, tanpa mengangkat jari anda,
gerakkan jari anda pada skrin sehingga anda mencapai kedudukan yang
disasarkan. Anda boleh menyeret item pada Skrin utama untuk menukar
kedudukannya.
Leret atau luncur
Untuk meleret atau meluncur, dengan cepat gerakkan jari anda merentasi
permukaan skrin, tanpa menjeda apabila pertama kali anda menyentuhnya
(maka, anda tidak menyeret item).
Dwiketik
Dwiketik untuk zum pada halaman web atau peta.
Cubit untuk Zum
Gunakan jari telunjuk dan ibu jari anda dalam gerakan mencubit atau
mengembang untuk zum masuk atau keluar semasa menggunakan
penyemak imbas, Peta atau semasa melihat gambar.