LG E975 Optimus G 사용자 가이드

다운로드
페이지 340
24
Mengecas telefon
Penyambung pengecas terletak di bahagian bawah telefon. Masukkan hujung kabel pengecas 
ke dalam telefon dan pasangkan plag hujung yang satu lagi ke dalam sesalur elektrik.
NOTA: Bateri hendaklah dicas sepenuhnya pada awalnya untuk 
meningkatkan jangka hayat bateri.
Mengunci dan menyahkunci skrin
Jika anda tidak menggunakan telefon untuk seketika, skrin akan terpadam dan terkunci 
secara automatik. Ini membantu menghalang daripada kekunci ditekan tanpa sengaja 
dan menjimatkan kuasa bateri.
Apabila anda tidak menggunakan telefon anda, tekan 
kekunci Kuasa/Kunci   untuk 
mengunci telefon anda. 
Jika mana-mana program sedang berjalan semasa anda mengunci skrin anda, ia 
mungkin masih terus berjalan dalam mod Kunci. Anda disyorkan agar keluar daripada 
semua program sebelum memasuki mod Kunci untuk mengelakkan bayaran yang tak 
perlu (seperti panggilan telefon, akses web dan komunikasi data).
Untuk membangunkan telefon anda, tekan 
kekunci Kuasa/Kunci  . Skrin kunci akan 
muncul. Sentuh dan luncurkan Skrin kunci ke mana-mana arah untuk membuka kunci 
Skrin utama anda. Skrin terakhir yang anda lihat akan terbuka.
Mengenali telefon anda