LG E975 Optimus G 사용자 가이드

다운로드
페이지 340
100
< Keselamatan >
Sediakan kunci kad SIM – Sediakan kunci kad Micro-USIM atau ubah PIN Micro-
USIM.
Menaip kata laluan boleh dilihat – Tunjukkan aksara akhir bagi kata laluan yang 
disembunyikan semasa anda menaip.
Pentadbir peranti – Lihat atau nyahaktifkan pentadbir peranti.
Sumber tidak diketahui – Tetapan lalai untuk memasang aplikasi bukan pasaran.
Pentauliahan Dipercayai – Paparkan sjil-sijil CA yang dipercayai.
Pasang dari simpanan – Pilih untuk memsang sijil yang disulitkan.
Kosongkan butiran – Alih keluar semua sijil.
< Bahasa & input >
Gunakan tetapan Bahasa & input untuk memilih bahasa bagi teks pada telefon anda 
dan untuk mengkonfigurasikan papan kekunci atas skrin, termasuk perkataan yang 
telah anda tambahkan pada kamusnya.
< Sokongan & set semula >
Tukar tetapan untuk menguruskan tetapan dan data anda.
Sandarkan data saya – Tetapkan untuk menyandarkan tetapan anda dan data aplikasi 
pada pelayan Google.
Akaun sandaran – Tetapkan untuk menyandarkan akaun anda.
Simpan semula automatik – Tetapkan untuk memulihkan tetapan dan data aplikasi 
anda apabila aplikasi dipasang semula pada peranti anda.
Menetapkan semula data kilang – Tetapkan semula tetapan anda kepada nilai lalai 
kilang dan padamkan semua data anda. Jika anda set semula telefon dengan cara 
ini, anda akan digesa untuk memasukkan semula maklumat yang sama sebagaimana 
ketika anda memulakan Android buat kali pertama.
Tetapan