LG E975 Optimus G 사용자 가이드

다운로드
페이지 327
49
Tetapkan Kekunci Volum sama ada digunakan untuk menangkap atau 
mengezum.
Buka panduan bantuan untuk mengetahui cara sesuatu fungsi beroperasi.
Simpan semula semua tetapan lalai kamera.
PETUA!
 
• Apabila anda keluar dari kamera, beberapa tetapan akan kembali kepada 
nilai lalainya, seperti imbangan putih, kesan warna, pemasa dan mod 
adegan. Periksa yang berikut ini sebelum mengambil foto anda yang 
seterusnya.
 
• Menu tetapan bertindan dengan pencari pandangan, jadi apabila anda 
menukar elemen warna imej atau kualiti, anda akan dapat melihat pratonton 
pertukaran imej di belakang menu Tetapan.
Menangkap fotopantas 
1  
Buka aplikasi 
Kamera.
2  
Dengan memegang telefon secara mendatar, halakan lensa ke arah subjek yang 
hendak anda ambil gambarnya.
3  
Kotak fokus akan muncul di tengah skrin pencari pandangan. Anda juga boleh 
mengetik di mana-mana bahagian pada skrin untuk memfokus titik itu.
4  
Apabila peti fokus bertukar menjadi hijau, kamera telah memfokus pada subjek 
anda.
5  
Sentuh   untuk menangkap gambar.