LG LGX155 사용자 가이드

다운로드
페이지 230
62
Tetapan
Jenis storan: Perisian sahaja.
Bukti kelayakan dipercayai: Tanda semak untuk membolehkan aplikasi 
mengakses storan telefon anda yang disulitkan bagi sijil selamat dan kata laluan 
serta kelayakan lain yang berkaitan. Anda menggunakan storan kelayakan 
untuk mewujudkan beberapa jenis sambungan VPN dan Wi-Fi. Jika anda belum 
menetapkan kata laluan untuk storan kelayakan yang selamat, tetapan ini 
dimalapkan.
Pasang dari storan telefon: Ketik untuk memasang sijil selamat.
Padam bersih bukti kelayakan: Memadam semua sijil selamat dan kelayakan 
berkaitan dan memadam kata laluan storan selamat.
Ejen amanah: Pilih aplikasi untuk digunakan tanpa membuka kunci skrin.
Penyematan skrin: Anda boleh mendayakan peranti anda untuk hanya 
menunjukkan skrin aplikasi tertentu menggunakan pin skrin.
Apl dengan akses penggunaan: Membolehkan anda melihat maklumat 
penggunaan aplikasi pada telefon anda.
Akaun
Gunakan menu tetapan Akaun & penyegerakan untuk menambah, mengalih 
keluar dan menguruskan Google dan akaun lain yang disokong. Anda juga boleh 
menggunakan tetapan ini untuk mengawal bagaimana dan sama ada semua aplikasi 
menghantar, menerima dan menyegerak data mengikut jadualnya sendiri dan sama 
ada semua aplikasi boleh menyegerak data pengguna secara automatik.
Gmail™, Kalendar dan aplikasi lain boleh juga mempunyai tetapan sendiri untuk 
mengawal cara penyegerakan data mereka; lihat seksyen aplikasi ini untuk butiran. 
Ketik 
Tambah akaun untuk menambah akaun baru.
Bahasa & input
Pilih bahasa bagi teks pada telefon anda dan untuk mengkonfigurasikan papan 
kekunci pada skrin, termasuk perkataan yang telah anda tambah ke dalam kamusnya.
Penyandaran & penetapan semula
Tukar tetapan untuk menguruskan tetapan dan data anda.
Sandarkan data saya: Sandarkan data aplikasi, kata laluan Wi-Fi dan tetapan 
lain pada pelayan Google.