LG F70 - LG D315 사용자 설명서

다운로드
페이지 330
16
Apabila anda tidak dapat mengingati kunci skrin anda:
< Jika anda terlupa corak anda >
Jika anda log masuk ke akaun Google anda pada telefon tetapi gagal memasukkan corak 
yang betul sebanyak 5 kali, ketik butang Terlupa corak? di bahagian bawah skrin. Selepas 
itu anda diminta untuk log masuk dengan Akaun Google anda atau masukkan PIN Sandaran 
yang anda cipta.
Jika anda belum melog masuk ke akaun Google pada telefon atau anda terlupa PIN 
Sandaran, anda perlu melakukan tetapkan semula keras.
< Jika anda telah terlupa PIN atau Kata Laluan anda > 
Jika anda terlupa PIN atau Kata Laluan anda, anda perlu melakukan tetapan semula keras.
Amaran: Jika anda melakukan tetapan semula keras, semua aplikasi pengguna 
dan data pengguna akan terpadam.
5.  Menggunakan Tetapan Semula Keras (Tetapkan 
semula kilang)
 AMARAN
Jika anda melakukan Tetapan Semula Keras, semua aplikasi pengguna, data 
pengguna dan lesen DRM akan dipadam. Jangan lupa untuk menyandarkan 
sebarang data penting sebelum melakukan Tetapan Semula Keras.
Matikan telefon.
Tekan dan tahan Kekunci Kuasa/Kunci + Kekunci Turun Volum .
Lepaskan Kekunci Kuasa/Kunci apabila logo LG dipaparkan.
Tekan Kekunci Kuasa/Kunci sekali lagi dalam masa 3 saat.
Apabila skrin Tetapkan semula data kilang muncul, lepaskan semua kekunci.
Gunakan Kekunci Volum untuk menyerlahkan Ya dan tekan Kekunci Kuasa/Kunci 
untuk mengesahkan.