LG F70 - LG D315 사용자 설명서

다운로드
페이지 330
49
E-mel 
Anda boleh menggunakan aplikasi E-mel untuk membaca e-mel dari perkhidmatan seperti 
Gmail. Aplikasi E-mel menyokong jenis akaun berikut: POP3, IMAP dan Exchange.
Penyedia perkhidmatan atau pentadbir sistem anda akan dapat menyediakan tetapan akaun 
yang anda perlukan.
Menguruskan akaun e-mel
Kali pertama anda membuka aplikasi E-mel, wizard persediaan akan terbuka untuk 
membantu anda menyediakan akaun e-mel.
Selepas persediaan awal, aplikasi E-mel memaparkan kandungan peti masuk anda. Jika anda 
telah menambah lebih daripada satu akaun, anda akan dapat beralih dari akaun ke akaun. 
Untuk menambah satu lagi akaun e-mel:
• 
Buka aplikasi E-mel dan ketik Kekunci Menu 
 > Tetapan > Tambah akaun.
Untuk menukar tetapan akaun e-mel:
• 
Buka aplikasi E-mel dan ketik Kekunci Menu 
 > Tetapan. Kemudian ketik Tetapan 
Umum untuk menatarajah tetapan untuk semua akaun atau ketik akaun individu untuk 
menatarajah tetapan hanya untuk akaun tersebut sahaja.
Untuk memadamkan akaun e-mel:
• 
Buka aplikasi E-mel dan ketik Kekunci Menu 
 > Tetapan > Kekunci Menu 
 
Keluarkan akaun > ketik akaun > Buang > Ya.
Menggunakan folder akaun
Buka aplikasi E-mel dan ketik Kekunci Menu 
 > Folders.
Setiap akaun mempunyai folder Peti Masuk, Peti keluar, Dihantar dan Draf. Bergantung 
pada ciri-ciri yang disokong oleh penyedia perkhidmatan akaun anda, anda boleh 
mempunyai folder tambahan.