ASUS DSL-AC52U 사용자 설명서

다운로드
페이지 128
46
4.  Dalam medan Hide SSID (Sembunyi SSID), pilihYes (Ya) 
untuk mengelakkan peranti wayarles daripada mengesan SSID 
anda. Apabila fungsi ini didayakan, anda perlu memasukkan 
SSID secara manual pada peranti wayarles untuk mengakses 
rangkaian wayarles.
5.  Pilih mana-mana pilihan mod wayarles ini untuk menentukan 
jenis peranti wayarles yang boleh bersambung ke xDSL 
penghala wayarles anda:
•  Auto: Pilih Auto untuk membenarkan peranti 802.11ac, 
802.11n, 802.11g, dan 802.11b bersambung dengan xDSL 
penghala wayarles.
•  Legasi: Pilih Legacy (Legasi) untuk membenarkan peranti 
802.11b/g/n bersambung dengan xDSL penghala wayarles. 
Perkakas yang menyokong 802.11n secara asalanya, 
walau bagaimanapun, hanya akan berjalan pada kelajuan 
maksimum 54Mbps. 
•  N sahaja: Pilih N sahaja untuk memaksimumkan prestasi 
wayarles N. Tetapan ini menghalang peranti 802.11g dan 
802.11b daripada bersambung ke xDSL penghala wayarles.
6.  Pilih saluran operasi untuk xDSL penghala wayarles anda. 
Pilih Auto untuk membolehkan xDSL penghala wayarles 
memilih saluran yang mempunyai jumlah yang paling kurang 
gangguan secara automatik.
7.  Pilih mana-mana lebar jalur saluran ini untuk menyesuaikan 
kelajuan penghantaran yang lebih tinggi:
  40MHz: Pilih lebar jalur ini untuk memaksimumkan 
pemprosesan wayarles.
  20/40MHz: Ini ialah lebar jalur lalai.
  20MHz : Pilih lebar jalur ini jika anda berdepan beberapa isu 
dengan sambungan wayarles anda.
8.  Pilih mana-mana kaedah pengesahan ini:
•  Sistem Terbuka: Pilihan ini tidak menyediakan keselamatan.