ASUS 4G-AC55U 사용자 설명서

다운로드
페이지 139
113
6.2  Soalan Lazim (FAQ) 
Saya tidak dapat mengakses GUI penghala 
menggunakan penyemak imbas web.
Jika komputer anda diwayarkan, periksa sambungan kabel
Ethernet dan status LED seperti yang diterangkan dalam 
bahagian sebelum ini.
Pastikan anda menggunakan maklumat log masuk yang
betul. Nama log masuk dan kata laluan kilang lalai ialah 
“admin/admin”. Pastikan kekunci Caps Lock dinyahdayakan 
semasa anda memasukkan maklumat log masuk.
Padam kuki dan fail dalam
penyemak imbas web anda. 
Untuk Internet Explorer 8, ikuti 
langkah ini:
 
1.   Lancarkan  Internet 
Explorer 8, kemudian 
klik Tools (Alatan) > 
Internet Options (Pilihan 
Internet).
 
2.   Dalam  tab  General 
(Umum), di bawah 
Browsing history 
(Sejarah pelayaran) , klik 
Delete… (Padam...), pilih 
Temporary Internet Files (Fail Internet Sementara) dan 
Cookies (Kuki) kemudian klik Delete (Padam).  
NOTA:  
•  Perintah untuk memadam kuki dan fail berbeza dengan penyemak
imbas web.
Nyahdayakan tetapan pelayan proksi, batalkan sambungan
dailan dan tetapkan tetapan TCP/IP untuk mendapatkan 
alamat IP secara automatik. Untuk butiran lanjut, rujuk Bab 1 
manual pengguna ini.
•  Pastikan anda menggunakan kabel ethernet CAT5e atau CAT6.