ASUS 4G-AC55U 사용자 설명서

다운로드
페이지 139
94
Untuk menyediakan tetapan Sistem:
1.  Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings 
(Tetapan Lanjutan) > Administration (Pentadbiran) > 
System (Sistem).
2.  Anda boleh mengkonfigurasi tetapan berikut:
•  Ubah kata laluan log masuk penghala:  Anda boleh 
menukar kata laluan dan nama log masuk penghala wayarles 
dengan memasukkan nama dan kata laluan baru.
•  Zon Masa:  Pilih zon masa rangkaian anda.
•  Pelayan NTP:  Penghala wayarles boleh mengakses pelayan 
NTP (Protokol Masa Rangkaian) untuk menyegerakkan masa. 
•  Dayakan Telnet:  Klik Yes (Ya) untuk mendayakan 
perkhidmatan Telnet pada rangkaian. Klik No (Tidak) untuk 
menyahdayakan Telnet.
•  Kaedah Pengesahan:  Anda boleh memilih HTTP, HTTPS, 
atau kedua-dua protokol untuk menjamin akses penghala.
•  Dayakan Akses Web daripada WAN:  Pilih Yes (Ya) untuk 
membolehkan peranti di luar rangkaian untuk mengakses 
tetapan GUI penghala wayarles. Pilih No (Tidak) untuk 
menghalang akses.
•  Auto Logout (Log Keluar Auto): Sistem akan melog keluar 
auto halaman pentadbiran selepas tempoh melahu. Untuk 
menyahdayakan log keluar Auto, tetapkan nilai dalam 0.
•  Enable WAN down browser redirect notice (Dayakan 
notis menghala semula pelayar ketika WAN tiada):  
Apabila sambungan WAN tiada, sistem akan menimbulkan 
skrin untuk memberi panduan bagaimana hendak 
mengkonfigurasi sambungan WAN. Jika anda tidak mahu 
melihat notis ini, pilih No (Tidak) untuk menyahdayakan 
notis.
•  Allow only specified IP respons (Benarkan hanya alamat 
IP tertentu):  Klik Yes (Ya) jika anda ingin menentukan 
alamat IP peranti yang dibenarkan mengakses tetapan GUI 
penghala wayarles daripada WAN. 
•  Specified IP Address (Alamat IP Tertentu):  Masukkan 
alamat IP WAN peranti perangkaian dibenarkan untuk 
mengakses tetapan penghala wayarles.  Senarai klien 
ini membolehkan anda menambah alamat IP maksimum 
sebanyak 4.
3. Klik 
Apply (Guna)