ASUS ASUS VivoWatch 사용자 설명서

다운로드
페이지 46
9
E-Manual ASUS VivoWatch
panel paparan skrin sentuh
Gunakan panel paparan skrin sentuh untuk mengendalikan 
ASUS VivoWatch anda menggunakan gerak isyarat.
NOTA: Untuk butiran lanjut, rujuk bahagian Menavigasi 
ASUS VivoWatch anda dalam E-Manual ini. 
Pengesan UV
Pengesan UV mengukur paras UV di lokasi semasa anda dan 
memaparkan hasil pada skrin.
Penunjuk LED
Penunjuk LED menyediakan petunjuk visual bagi status 
ASUS VivoWatch. 
NOTA: Untuk butiran lanjut, rujuk bahagian maklumat LED 
dalam E-Manual ini. 
butang laman utama
Tekan butang ini pada ASUS VivoWatch anda untuk kembali 
ke skrin laman utama. Anda juga boleh menekan butang ini 
untuk membuka kunci ASUS VivoWatch anda.
tali
Tali membolehkan anda memakai ASUS VivoWatch anda pada 
pergelangan tangan anda. 
penyambung pengecas
Selaraskan dan sambungkan penyambung pengecasan 
ini ke pin pengecasan bagi penyangga pengecasan untuk 
mengecas bateri ASUS VivoWatch anda.
Pengesan kadar denyutan jantung
Pengesan kadar denyutan jantung mengukur kadar denyutan 
jantung anda dan memaparkan hasilnya pada skrin.