Philips BDP3280 Manual Do Utilizador

Página de 54
50
•  Pastikan TV dialihkan ke input sumber yang betul bagi pemain ini.
Tiada output audio daripada pembesar suara pada peranti audio luaran (teater rumah atau 
amplifier).
•  Pastikan kabel audio disambung ke input audio pada peranti audio. 
•  Alihkan peranti audio luaran kepada input sumber audio yang betul.
Tiada bunyi pada sambungan HDMI.
•  Anda mungkin tidak mendengar sebarang bunyi daripada output HDMI jika peranti yang 
bersambung tidak mematuhi HDCP atau hanya serasi DVI.
Tiada output audio kedua untuk ciri gambar dalam gambar.
•  Apabila [Strim Bit] di bawah menu [Audio HDMI] atau [Audio Digital] dipilih, bunyi interaktif 
seperti bunyi kedua bagi ciri gambar dalam gambar akan dibisukan. Nyahpilih [Strim Bit]. 
Main
Tidak dapat memainkan cakera. 
•  Bersihkan cakera. 
•  Pastikan bahawa cakera dimuat dengan betul.
•  Pastikan bahawa pemain ini menyokong cakera. Lihat “Spesifikasi”.
•  Pastikan bahawa pemain ini menyokong kod rantau DVD atau BD.
•  Bagi DVD±RW atau DVD±R, pastikan cakera telah dimuktamadkan.
Fail video DivX tidak dapat dimainkan.
 • Pastikan fail video DivX lengkap.
 • Pastikan nama sambungan fail video adalah betul.
 • Untuk memainkan fail yang dilindungi DivX DRM daripada peranti storan USB, sambung pemain 
ini kepada TV melalui HDMI.
Sari kata DivX tidak dipaparkan dengan betul.
 • Pastikan fail sari kata mempunyai nama fail yang betul-betul sama dengan fail video DivX.
 • Pastikan bahawa fail sari kata mempunyai nama sambungan yang disokong oleh pemain ini (.srt, 
.sub, .txt, .ssa, or .smi).
Tidak dapat membaca kandungan storan USB yang bersambung.
 • Pastikan bahawa format peranti storan USB serasi dengan pemain ini.
 • Pastikan bahawa sistem fail pada peranti storan USB disokong oleh pemain ini.
 • Bagi HDD USB (cakera pemacu keras mudah alih), sumber kuasa luaran mungkin diperlukan.
Tanda ‘Tiada entri’ atau ‘x’ muncul pada TV.
 • Operasi tidak boleh dijalankan.
Ciri EasyLink tidak berfungsi.
•  Pastikan bahawa pemain ini disambungkan ke TV EasyLink jenama Philips, dan pilihan EasyLink 
dihidupkan (lihat “Gunakan pemain cakera/ DVD Blu-ray anda” > “Gunakan Philips EasyLink”).
Saya tidak dapat mengakses ciri BD-Live.
•  Pastikan bahawa pemain ini disambungkan kepada rangkaian (lihat “Gunakan cakera Blu-ray/ 
pemain DVD anda” > “Sediakan rangkaian”).
MS-MY
BDP3280_98_UM_V1.1.indb   50
8/11/2011   5:38:55 PM