Philips InfraCare infrared lamp HP3631 HP3631/01 Manual Do Utilizador

Códigos do produto
HP3631/01
Página de 84
 - Untuk mengelakkan daripada kepanasan melampau pada kulit, elakkan jarak rawatan yang terlalu 
dekat. Kehangatannya hendaklah selesa bagi anda sepanjang rawatan.
 - Untuk mengelakkan kerosakan mata, jangan pandang cahaya lampu semasa ia terpasang.
 - Jangan tidur semasa rawatan.
 - Elakkan kawasan rawatan daripada menyejuk terlalu cepat sebaik sahaja selepas rawatan.
 - Sekiranya kesihatan tidak bertambah baik selepas 6 - 8 kali rawatan, hentikan penggunaan 
perkakas ini dan rujuklah doktor anda.
 - Kontraindikasi rawatan InfraCare:
 - Jangan gunakan perkakas tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu sekiranya 
anda menghidap penyakit teruk seperti penyakit jantung, penyakit keradangan akut, trombosis, 
gangguan koagulasi darah, supresi ginjal, dermatosus lupus sistemik atau penyakit malignan. 
 - Jangan gunakan perkakas jika anda terlalu sensitif terhadap cahaya inframerah atau jika anda 
menghidapi edema. Sekiranya berasa ragu, rujuklah doktor anda.
 - Jangan gunakan perkakas jika anda tidak sensitif terhadap sinaran inframerah dan haba akibat 
penyakit (seperti diabetes lanjutan) atau penggunaan ubat penghilang kesakitan. Sekiranya berasa 
ragu, rujuklah doktor anda. 
 - Jangan gunakan perkakas jika anda menghidap penyakit yang berkaitan dengan saraf 
terdemielinat seperti sindrom terowong karpus, sklerosis berbilang dan neuropati ulnar. Sekiranya 
berasa ragu, rujuklah doktor anda. 
 - Jangan gunakan perkakas jika anda mempunyai peranti terimplan, terutamanya jika ia terletak di 
sekitar kawasan rawatan. Sekiranya berasa ragu, rujuklah doktor anda. 
 - Jika anda hamil, jangan gunakan perkakas untuk merawat kawasan berdekatan abdomen atau 
bahagian bawah belakang anda, untuk mengelakkan kepanasan terlampau di kawasan ini. 
Sekiranya berasa ragu, rujuklah doktor anda. 
 - Jangan gunakan perkakas ini sekiranya anda mengalami bengkak atau keradangan, kerana haba 
boleh memburukkan keadaan. Sekiranya berasa ragu, rujuklah doktor anda.
 - Jangan gunakan perkakas pada kulit yang rosak atau rengsa atau pada luka. Sekiranya berasa ragu, 
rujuklah doktor anda.
 - Jangan gunakan perkakas untuk merawat kawasan yang baru sahaja disapu lawan perengsa 
topikal (krim atau salap yang mengandungi mentol,contohnya), kerana ini akan menyebabkan 
reaksi keradangan ringan.
awas
 - Sekiranya soket dinding yang disambungkan dengan perkakas ini mempunyai sambungan yang 
lemah, plag perkakas akan menjadi panas. Sila pastikan anda memasang plag perkakas ke dalam 
soket dinding yang disambungkan dengan baik.
 - Jangan biarkan perkakas terkena kejutan kuat.
 - Sentiasa cabutkan plag sesalur setelah digunakan dan sekiranya terdapat gangguan bekalan kuasa.
 - Letakkan perkakas di atas permukaan stabil dan mendatar. Pastikan terdapat sekurang-kurangnya 
25 mm ruang kosong di sekelilingnya untuk mengelakkan daripada pemanasan melampau.
 - Jangan gunakan perkakas ini di suhu bilik kurang daripada 10°C atau lebih tinggi daripada 35°C. 
 - Sila pastikan lohong di bahagian belakang perkakas sentiasa terbuka semasa penggunaan.
 - Jangan tutup perkakas dengan, contohnya, kain atau pakaian apabila ia telah dihidupkan.
 - Perkakas dilengkapi perlindungan automatik terhadap pemanasan melampau. Jika perkakas tidak 
disejukkan secukupnya (contohnya kerana lohong pendinginan bertutup), perkakas akan mati 
secara automatik. Cabut plag perkakas dan alihkan punca pemanasan melampau. Sebaik sahaja 
perkakas telah menyejuk, ia boleh dihidupkan semula. Untuk berbuat demikian, masukkan plag 
perkakas sekali lagi dan tekan suis hidup/mati.
 - Sejukkan perkakas selama lebih kurang 15 minit sebelum mencuci atau menyimpannya.
 - Sekiranya anda baru saja selesai berenang atau mandi, pastikan anda mengeringkan kulit anda 
dengan sempurna sebelum anda menggunakan perkakas ini.
 - Jangan guna perkakas ini apabila penurasnya rosak, pecah atau hilang.
BaHasa MElayu
42