LG LGD686 Manual Do Utilizador

Página de 343
77
Ketik untuk melangkau ke lagu seterusnya dalam album, senarai main atau 
kocok. Sentuh dan tahan untuk mara cepat.
Ketik untuk memulakan semula lagu semasa atau melangkau ke lagu 
sebelumnya dalam album, senarai main atau kocok. Sentuh dan tahan 
untuk putar semula.
Ketik untuk memaparkan bar gelangsar Kelantangan, kemudian laraskan 
kelantangan main balik di bar gelangsar.
Ketik untuk menetapkan kesan audio.
Ketik untuk mencari fail dengan YouTube.
Ketik untuk membuka senarai main semasa.
Ketik untuk menambah lagu pada kegemaran anda.
Ketik untuk memainkan senarai main semasa dalam mod kocok (lagu 
dimainkan dalam susunan rawak).
Ketik untuk menogol melalui mod ulangan untuk ulang semua lagu, ulang 
lagu semasa atau matikan pengulangan.
Ketik untuk berkongsi muzik anda melalui fungsi SmartShare.
Untuk menukar volum semasa mendengar muzik, tekan kekunci volum ke atas dan 
bawah pada sisi kiri telefon.
Sentuh dan tahan sebarang lagu di dalam senarai. Pilihan 
Main, Tambah pada 
senarai main, Kongsi, Tetapkan sebagai nada dering, Padam, Butiran dan Cari 
akan dipaparkan.
NOTA:
Sesetengah format fail tidak disokong, bergantung kepada perisian peranti.
Jika saiz fail melebihi memori yang ada, ralat akan berlaku apabila anda 
membuka fail.