LG H650E Guia Do Utilizador

Página de 311
89
Tetapan 
Jimat Kuasa – Ketik suis Penjimat Bateri untuk menogol sama ada hidup atau
mati. Tetapkan tahap peratusan cas bateri yang menghidupkan Penjimat Bateri
secara automatik. Pilih dari
Segera, 5% bateri dan 15% bateri.
Pengomptimum permainan – Ketik suis Pengoptimum permainan untuk
melaraskan kualiti video dalam permainan untuk menjimatkan bateri.
Memori
Anda boleh memantau memori yang digunakan secara purata dan memori yang
digunakan oleh aplikasi dalam peranti.
Smart cleaning
Membolehkan anda mengurus aplikasi dan data tidak digunakan.
Apl 
Membolehkan anda melihat butiran mengenai aplikasi yang dipasang di telefon anda,
mengurus data dan memaksanya berhenti.
Aplikasi mesej lalai
Menu ini membolehkan anda untuk memilih aplikasi pemesejan yang digunakan
sebagai aplikasi pemesejan lalai anda.
Sokongan & set semula
Tukar tetapan untuk menguruskan tetapan dan data anda.
LG Backup – Sandarkan semua maklumat pada peranti dan memulihkannya
sekiranya berlaku kehilangan data atau penggantian.
Sandarkan data saya – Sandarkan data aplikasi, kata laluan Wi-Fi dan tetapan
lain pada pelayan Google.
Akaun sandaran – Paparkan akaun yang sedang digunakan untuk menyandarkan
maklumat.
Simpan semula automatik – Apabila memasang semula aplikasi, memulihkan
tetapan dan data sandaran.
Set semula seting rangkaian – Set semula semua tetapan rangkaian.