Philips hq804 Manual Do Utilizador

Página de 5
BAhAsA MelAyU
Penting
Baca manual pengguna ini dengan berhati-hati sebelum 
anda menggunakan perkakas dan simpannya untuk 
rujukan masa depan.
Amaran
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan 
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang 
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang 
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka 
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan 
perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas 
keselamatan mereka. 
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan 
mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
Awas
Guna dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C 
dan 35°C. 
Alat pencukur ini tidak kalis air dan tidak boleh 
dibersihkan di bawah paip. Pastikan alat pencukur 
kering (Gamb. 1).
Keluarkan bateri dari perkakas itu jika anda tidak akan 
menggunakannya untuk beberapa waktu yang lama.
Mematuhi piawai
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang 
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF). 
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan 
dalam manual pengguna ini, perkakas selamat untuk 
digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati 
pada masa ini.
Bersedia untuk menggunakannya
Perkakas berjalan dengan menggunakan dua bateri R6 AA 
1.5-volt. Kami amat menyarankan agar anda menggunakan 
bateri Philips Powerlife. Ia mempunyai kuasa yang 
mencukupi untuk sehingga  
60 minit pencukuran.
Memasukkan bateri
 1
Tanggalkan penutup petak bateri (Gamb. 2).
 2
Letak dua bateri di dalam petak bateri (Gamb. 3).
Pasikan tangan anda dan perkakas kering apabila anda
memasukkan bateri.
Pastikan pola + dan - bateri menghala ke arah yang
betul
Nota: Pencukur tidak berfungsi jika bateri tidak dipasang 
dengan betul.
 3
Letakkan kembali penutup petak bateri pada
perkakas (‘klik’).
elakkan kerosakan yang disebabkan 
oleh bateri yang bocor
Keluarkan bateri jika anda tidak akan mengggunakan 
perkakas selama sebulan atau lebih.
Jangan biarkan bateri kosong di dalam perkakas.
Menggunakan perkakas
 1
Tanggalkan penutup pelindung.
 2
Tolak gelangsar hidup/mati ke atas untuk
menghidupkan alat pencukur (Gamb. 4).
 3
Gerakkan kepala pencukur dengan cepat di atas
permukaan kulit anda. Pastikan gerakan lurus dan
membuat dilakukan (Gamb. 5).
Nota: Hasil pencukuran yang terbaik akan terhasil jika 
muka anda kering.
Nota: Kulit anda mungkin memerlukan  
2 atau 3 minggu untuk membiasakan diri dengan sistem 
Philips.
 4
Tolak gelangsar hidup/mati ke bawah untuk
mematikan alat pencukur.
 5
Letak penutup pelindung pada pencukur untuk
mengelakkan kerosakkan pada kepala pencukur
(Gamb. 6).
Pembersihan dan penyenggaraan
Membersih alat pencukur dengan kerapkali untuk 
menjamin prestasi pencukuran terbaik.
-
-
-
-
-
-
,
-
-
setiap minggu: unit pencukur dan ruang 
rambut
 1
Matikan pencukur.
 2
Berus bahagian luar unit pencukur
dengan berus yang disediakan (Gamb. 7).
 3
Tanggalkan unit pencukur (Gamb. 8).
 4
Bilas bahagian dalam unit pencukur (Gamb. 9).
 5
Berus ruang rambut (Gamb. 10).
 6
Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
setiap dua bulan: kepala pencukur
Nota: Jangan menggunakan agen pembersihan atau alkohol 
untuk membersihkan kepala pencukur. Hanya gunakan 
Sembur Pembersihan Kepala Pencukur HQ110. 
 1
Matikan pencukur.
 2
Tanggalkan unit pencukur (Gamb. 8).
 3
Putar roda melawan arah jam (1) dan tanggalkan
rangka penahan (2) (Gamb. 11).
 4
Tanggalkan kepala pencukur dari unit pencukur satu
demi satu (Gamb. 12).
Nota: Jangan bersihkan lebih dari satu pemotong dan 
adangan pada sesuatu masa, kerana setiap set adalah 
berpadanan. Jika anda tercampur adukkan set pemotong 
dan adangan dengan tidak sengaja, ia mungkin mengambil 
masa sehingga beberapa minggu sebelum mutu pencukuran 
terbaik dapat dicapai semula.
 5
Tanggalkan pemotong dari adangannya (Gamb. 13).
 6
Bersihkan pemotong dengan tepi
berus yang berbulu pendek (Gamb. 14).
 7
Berus adangan (Gamb. 15).
 8
Letakkan kembali kepala pencukur ke dalam unit
pencukur.
 9
Letakkan kembali rangka penahan ke dalam unit
pencukur dan pusingkan roda ke arah ikut jam.
10
Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
Petua: Untuk mendapatkan prestasi pencukuran yang 
optimum, kami mengesyorkan agar anda melincirkan kepala 
pencukur dengan setitik minyak mesin jahit setiap enam 
bulan sekali.
Penyimpanan 
Letak penutup pelindung pada pencukur untuk 
mengelakkan kerosakkan pada kepala pencukur  
(Gamb. 6).
Penggantian
Gantikan kepala pencukur setiap dua tahun sekali untuk 
mendapatkan hasil pencukuran yang optimum.
Gantikan kepala pencukur yang rosak atau haus dengan 
Kepala Pencukur HQ4+ Philips Micro+ Angkat & Potong.
 1
Matikan pencukur.
 2
Tanggalkan unit pencukur (Gamb. 8).
 3
Putar roda melawan arah jam (1) dan tanggalkan
rangka penahan (2) (Gamb. 11).
 4
Tanggalkan kepala pencukur dari unit pencukur dan
gantikannya dengan yang baru (Gamb. 12).
 5
Letakkan rangka penahan ke dalam unit pencukur
dan pusingkan roda arah ikut jam.
 6
Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
Aksesori
Aksesori berikut boleh didapati:
Kepala Pencukur HQ4+ Philips Micro+ Angkat & 
Potong
Sembur Pembersihan Kepala Pencukur Philips 
HQ110 (tidak terdapat di China)
Alam sekitar
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada 
akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat pungutan 
rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan 
sedemikian anda akan membantu memelihara alam 
sekitar (Gamb. 16).
-
-
-
-
Bateri mengandungi bahan yang mungkin mencemar 
alam sekitar. Jangan buang bateri yang kosong dengan 
sampah rumah biasa, tetapi lupuskannya di pusat 
pemungutan rasmi untuk bateri. Sentiasa keluarkan 
bateri sebelum membuang perkakas dan bawanya ke 
pusat pemungutan rasmi.
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi 
masalah, sila kunjungi laman web Philips di www.philips.
com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips 
di negara anda (anda boleh mendapatkan nombor 
telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada 
Pusat Layanan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil 
pengedar Philips tempatan atau Jabatan Servis Syarikat 
Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri Philips.
Menyelesaikan masalah
Masalah
Penyelesaian
Mengapakan 
pencukur tidak 
mencukur 
sebaik sebelum 
ini?
Anda mungkin tidak membersihkan 
perkakas dengan betul. Bersihkan 
kepala pencukur dengan rapi (lihat 
bab ‘Membersih dan menyelenggara’).
Rambut panjang mungkin tersumbat 
di kepala pencukur. Bersihkan 
pemotong dan adangan dengan 
betul dengan berus yang dibekalkan 
(lihat bab ‘Membersih dan 
menyelenggaraa’).
Kepala pencukur mungkin rosak atau 
haus. Gantikan kepala pencukur (lihat 
bab ‘Penggantian’).
Bateri mungkin semakin lemah. 
Gantikan bateri (lihat bab ‘Bersedia 
untuk menggunakan’).
Alat pencukur  
tidak hidup 
apabila saya 
menolak 
gelangsar 
hidup/mati ke 
atas.
Bateri mungkin kosong. Gantikan 
bateri (lihat bab ‘Bersedia untuk 
menggunakan’).
Anda mungkin telah salah 
memasukkan bateri. Masukkan bateri 
dengan betul di dalam petak bateri. 
Pastikan titik kutub + dan - menghala 
ke arah yang betul.
-
4222.002.4942.1
4/5