Philips RQ1280/16 Manual Do Utilizador

Página de 266
Masalah
Penyebab yang mungkin
Penyelesaian
Pencukur tidak berfungsi 
apabila saya menekan butang 
hidup/mati.
Bateri boleh cas semula telah habis.
Caskan bateri semula (lihat bab ‘Pengecasan’).
Kunci kembara telah diaktifkan.
Tekan butang hidup/mati selama 3 saat untuk 
menyahaktifkan kunci kembara.
Unit pencukur kotor atau rosak begitu sekali sehingga 
motor tidak dapat berjalan. Dalam kes ini, simbol unit 
pencukur, simbol paip air dan tanda seru berkelip.
Bersihkan atau ganti unit pencukur (lihat bab 
‘Pembersihan dan penyelenggaraan’ dan 
‘Penggantian’). 
Suhu pencukur terlalu tinggi. Dalam kes ini, pencukur tidak 
berfungsi dan tanda seru pada paparan berkelip.
Matikan pencukur dan biarkan ia menyejuk. 
Sebaik sahaja suhu pencukur telah turun 
secukupnya, anda boleh menghidupkan pencukur 
kembali.
Pencukur tidak benar-benar 
bersih selepas saya 
membersihkannya di dalam 
Sistem Pembersih Jet.
Cecair pembersih di dalam ruang pembersihan adalah 
kotor.
Kosongkan dan bilas ruang pembersihan.
Paras cecair pembersih terlalu rendah. Jika jumlah cecair di 
dalam ruang pembersihan turun lebih rendah daripada 
paras minimum semasa program pembersihan, program 
akan terbantut. Lampu pembersihan dan simbol ‘ruang 
pembersihan kosong’ mula berkelip pada selang masa 
tertentu dan pemegang akan kembali pada kedudukan 
permulaan.
Isi semula ruang pembersihan dengan cecair 
pembersih sehingga paras di antara dua garisan 
(lihat bab ‘Pembersihan dan penyelenggaraan’).
Anda telah menggunakan cecair pembersih yang lain 
daripada cecair pembersih Philips tulen.
Hanya gunakan Cecair Pembersih HQ200 Philips.
Sistem Pembersih Jet tidak 
berfungsi apabila saya 
menekan butang hidup/mati.
Sistem Pembersih Jet tidak bersambung dengan sesalur 
kuasa.
Masukkan plag kecil ke dalam Sistem Pembersih 
Jet dan masukkan plag penyesuai ke dalam soket 
dinding.
Anda telah tidak menempatkan pencukur di dalam Sistem 
Pembersih Jet dengan betul, oleh itu tidak terdapat 
sambungan elektrik di antara Sistem Pembersih Jet dan 
pencukur.
Tekan pencukur dengan ketat ke dalam 
pemegang untuk menguncinya di tempatnya.
Pencukur tidak bercas penuh 
selepas saya mengecasnya di 
dalam pengecas/Sistem 
Pembersih Jet.
Anda telah tidak menempatkan pencukur di dalam 
pengecas/Sistem Pembersih Jet dengan betul.
Pastikan anda menekan pencukur sehingga ia 
terkunci pada tempatnya.
RQ1008: Masa operasi 
Sistem Pembersih Jet 
tiba-tiba menjadi lebih 
pendek atau panjang 
berbanding sebelumnya.
Anda telah memilih program pembersihan yang lain. 
Sistem Pembersih Jet mempunyai tiga program 
pembersihan: program eko, program normal dan program 
intensif. Setiap program ini mempunyai masa operasi yang 
berbeza.
Tekan butang atas/bawah pada Sistem Pembersih 
Jet untuk memilih program pembersihan yang 
anda kehendaki (lihat bab ‘Pembersihan dan 
penyelenggaraan’).
Bahasa mElayu
146