Справочник Пользователя для Philips 7FF3FPW/00

Скачать
Страница из 39
1.1 
Langkah-langkah keselamatan dan  
 
penyelenggaraan
                                                   
Sila baca dan patuhi langkah-langkah berikut 
apabila menyambung dan menggunakan 
PhotoFrame anda.
•  Untuk melindungi paparan daripada sebarang
  kerosakan, jangan letakkan tekanan yang  
  berlebihan di atas panel LCD. Apabila anda  
  mengalihkan PhotoFrame, pegang rangkanya  
  untuk mengangkat, jangan diangkat dengan  
  meletakkan tangan atau jari anda pada panel  
  LCD.
•  Tanggalkan bekalan kuasa PhotoFrame
  sekiranya anda tidak menggunakannya untuk  
  tempoh yang lama.
•  Tanggalkan bekalan kuasa PhotoFrame jika
  anda hendak membersihkannya dengan kain  
  lembap. Skrinnya boleh dilapkan dengan kain  
  kering apabila bekalan kuasa ditutup. Walau  
  bagaimanapun, jangan guna alkohol, cecair  
  pelarut atau ammonia.
•  Rujuk juruteknik servis sekiranya PhotoFrame
  tidak beroperasi secara normal walaupun anda  
  telah mematuhi arahan di dalam manual ini.
•  Penutup kerangka mestilah dibuka oleh
  kakitangan servis yang berkelayakan.
•  Jauhkan PhotoFrame daripada sinaran
  matahari, haba dan sebarang bahan bakar.
Pengenalan
PhotoFrame Digital Philips boleh diletakkan 
sama ada secara menegak atau mendatar 
bagi menepati paparan foto. Anda boleh 
meletakkannya di dalam bilik untuk tayangan 
berterusan dengan menyambungkannya kepada 
saluran bekalan elektrik.  
1. 
Maklumat Penting
•  PhotoFrame hendaklah sentiasa dalam
  keadaan kering. Bagi mengelakkan kejutan  
  elektrik, jangan dedahkannya kepada air hujan  
  atau lembapan berlebihan.
•  Apabila hendak menempatkan PhotoFrame,
  pastikan palam dan saluran elektrik mudah  
  diakses.
•  Bagi mengelakkan risiko kejutan
  atau kerosakan kekal kepada set, jangan  
  dedahkannya kepada air hujan atau lembapan  
  berlebihan.
1.2 
Penjagaan PhotoFrame
1
  Jangan jatuhkannya
    PhotoFrame ialah alat elektronik yang rumit  
    dan tidak boleh menahan kejutan akibat  
    jatuh.
 
2
  Jangan dedahkan kepada lembapan
    PhotoFrame tidak kalis atau tahan lembapan.  
    PhotoFrame anda akan rosak jika didedahkan  
    kepada lembapan atau sebarang bentuk  
    cecair.
   
3
  Jangan ketuk atau calarkannya
    Panel LCD PhotoFrame diperbuat daripada  
    kaca dan sensitif terhadap hentakan luar  
    biasa dan sisi yang tajam.
3
Maklumat Penting
B
AHASA MELA
YU