Справочник Пользователя для LG LGD686

Скачать
Страница из 343
83
 
• Jadualkan sandaran automatik bagi data telefon pintar anda.
 
• Pulihkan data telefon pintar anda.
NOTA: Sila ambil perhatian bahawa fungsi Sandaran tidak menyokong 
sandaran Data pengguna & Data media (Gambar/Video/Muzik). Sila sandarkan 
fail tersebut menggunakan Penyegerakan media (MTP). Sambungkan 
telefon anda kepada komputer anda menggunakan kabel USB lalu sentuh 
Penyegerakan media (MTP).
 
AMARAN 
Untuk mengelakkan telefon daripada mati tiba-tiba akibat kekurangan 
kuasa bateri semasa membuat sandaran atau pemulihan, anda hendaklah 
memastikan bateri anda sentiasa bercas penuh.
Menyandarkan data telefon pintar anda
1  
Sentuh   > tab
 Apl > Sandaran LG > Sandaran.
2  
Pilih kotak semak di sebelah item yang hendak disandarkan dan pilih 
Seterusnya.
3  
Apabila semua fail yang dipilih telah disandarkan, anda akan melihat mesej 
Sandaran selesai.
Menjadualkan sandaran automatik
Anda boleh juga memprogramkan sandaran automatik bagi data pada telefon pintar 
anda mengikut tetapan jadual anda. Untuk berbuat demikian, lengkapkan langkah 
berikut:
1  
Sentuh   > tab
 Apl > Sandaran LG > Sandaran berjadual.
2  
Pada skrin Lokasi Sandaran, sentuh 
Simpanan dalaman atau Kad SD.
3  
Pilih kotak semak di sebelah data yang hendak disandarkan dan pilih 
Seterusnya.
4  
Dari senarai, pilih berapa kerap anda hendak menyandarkan data dan tetapan 
peranti anda, kemudian pilih 
Selesai untuk menyelesaikan set jadual.