Справочник Пользователя для LG LGD686
83
• Jadualkan sandaran automatik bagi data telefon pintar anda.
• Pulihkan data telefon pintar anda.
NOTA: Sila ambil perhatian bahawa fungsi Sandaran tidak menyokong
sandaran Data pengguna & Data media (Gambar/Video/Muzik). Sila sandarkan
fail tersebut menggunakan Penyegerakan media (MTP). Sambungkan
telefon anda kepada komputer anda menggunakan kabel USB lalu sentuh
Penyegerakan media (MTP).
AMARAN
Untuk mengelakkan telefon daripada mati tiba-tiba akibat kekurangan
kuasa bateri semasa membuat sandaran atau pemulihan, anda hendaklah
memastikan bateri anda sentiasa bercas penuh.
Menyandarkan data telefon pintar anda
1
Sentuh > tab
Apl > Sandaran LG > Sandaran.
2
Pilih kotak semak di sebelah item yang hendak disandarkan dan pilih
Seterusnya.
3
Apabila semua fail yang dipilih telah disandarkan, anda akan melihat mesej
Sandaran selesai.
Menjadualkan sandaran automatik
Anda boleh juga memprogramkan sandaran automatik bagi data pada telefon pintar
anda mengikut tetapan jadual anda. Untuk berbuat demikian, lengkapkan langkah
berikut:
1
Sentuh > tab
Apl > Sandaran LG > Sandaran berjadual.
2
Pada skrin Lokasi Sandaran, sentuh
Simpanan dalaman atau Kad SD.
3
Pilih kotak semak di sebelah data yang hendak disandarkan dan pilih
Seterusnya.
4
Dari senarai, pilih berapa kerap anda hendak menyandarkan data dan tetapan
peranti anda, kemudian pilih
Selesai untuk menyelesaikan set jadual.