Инструкции Пользователя для LG E400 LG Optimus L3

Скачать
Страница из 374
59
Dalam hal ini, jika telefon anda mempunyai 
akses kepada data 3G, ia mungkin akan 
menyambung kepada rangkaian 3G 
secara automatik, dan bayaran tambahan 
mungkin akan dikenakan.
LG-E400 menyokong perlindungan WEP, 
WPA/WPA2-PSK dan 802.1x EAP. Jika 
pembekal khidmat Wi-Fi atau pentadbir 
rangkaian anda menetapkan penyulitan 
bagi keselamatan rangkaian, masukkan 
kuncinya ke dalam tetingkap pop timbul. 
Jika penyulitan tidak ditetapkan, tetingkap 
pop-timbul tidak akan ditunjukkan. 
Dapatkan kunci daripada pembekal 
khidmat Wi-Fi anda atau pentadbir 
rangkaian.
Berkongsi sambungan data 
telefon anda
Anda dapat berkongsi sambungan data 
mudah alih telefon anda dengan satu 
komputer sahaja melalui kabel USB 
(penambatan USB). Anda juga boleh 
berkongsi sambungan data mudah alih 
telefon anda dengan sehingga lima peranti 
sekali gus, dengan menjadikan telefon anda 
hotspot Wi-Fi mudah alih.