Руководство Пользователя для LG E975 Optimus G

Скачать
Страница из 327
26
 Untuk menyesuaikan ikon aplikasi pada skrin Utama
1  
Sentuh dan tahan ikon aplikasi sehingga ikon dibuka kunci dari kedudukan sema-
sanya. Kemudian lepaskannya pada skrin.  
Ikon pengeditan 
 akan muncul di sudut kanan atas aplikasi.
2  
Ketik semula ikon aplikasi dan pilih reka bentuk dan saiz ikon yang diinginkan.
3  
Ketik 
OK untuk menyimpan perubahan.
Kembali ke aplikasi yang digunakan baru-baru ini
1  
Sentuh dan tahan kekunci 
Utama. Skrin akan menunjukkan pop timbul dengan 
ikon aplikasi yang anda gunakan baru-baru ini.
2  
Sentuh ikon untuk membuka aplikasinya. Atau sentuh kekunci 
Undur untuk 
kembali kepada skrin sebelumnya.
Pemberitahuan
Pemberitahuan memberitahu anda tentang ketibaan mesej baru, acara kalendar, dan 
penggera, di samping peristiwa yang sedang berlaku, seperti apabila anda sedang 
berada dalam panggilan.
Daripada panel pemberitahuan, anda boleh melihat status semasa telefon anda dan 
pemberitahuan yang belum dibuka.
Apabila pemberitahuan tiba, ikonnya akan muncul pada bahagian atas skrin. Ikon bagi 
pemberitahuan yang belum dibuka akan muncul di sebelah kiri, dan ikon sistem akan 
menunjukkan perkara seperti Wi-Fi atau kekuatan bateri di sebelah kanan.
NOTA: Pilihan yang tersedia mungkin berbeza bergantung kepada kawasan 
atau pembekal perkhidmatan.
Skrin Utama anda