Руководство Пользователя для LG H650E
Apendiks
95
94
Panduan Anti Kecurian
Anda boleh menyediakan peranti anda untuk mencegah orang lain
daripada menggunakannya jika ia telah ditetapkan semula kepada tetapan
kilang tanpa keizinan anda. Contohnya, jika peranti anda hilang, dicuri, atau
dihapuskan, hanya mereka yang mempunyai akaun Google atau maklumat
kunci skrin anda boleh menggunakan peranti tersebut.
Perkara yang anda hanya perlu untuk memastikan peranti anda dilindungi
Perkara yang anda hanya perlu untuk memastikan peranti anda dilindungi
ialah:
•
Tetapkan kunci skrin: Jika peranti anda hilang atau dicuri tetap
anda telah menetapkan kunci skrin, peranti tidak boleh dipadam
menggunakan menu Tetapan melainkan skrin anda dibuka kunci.
•
Tambah akaun Google anda pada peranti anda: Jika peranti anda
dihapuskan tetapi anda mempunyai akaun Google padanya, peranti
tidak boleh melengkapkan proses persediaan sehingga maklumat
akaun Google anda dimasukkan semula.
Selepas peranti anda dilindungi, anda perlu sama ada membuka kunci skrin
atau memasukkan kata laluan akaun Google jika anda perlu melakukan
set semula kilang. Ini untuk memastikan anda atau seseorang yang anda
percayai sedang menjalankan penetapan semula.
NOTA
•
Jangan lupa akaun Google dan kata laluan yang anda tambah pada peranti
sebelum melakukan penetapan semula kilang. Jika anda tidak boleh
memberikan maklumat akaun semasa proses persediaan, anda tidak akan
dapat menggunakan peranti langsung selepas menjalankan penetapan semula
kilang.
Maklumat lanjut
Maklumat Notis Perisian Sumber Terbuka
Untuk mendapatkan kod sumber di bawah GPL, LGPL, MPL dan lesen
sumber terbuka lain yang terkandung dalam produk ini, sila lawati http://
opensource.lge.com.
Selain kod sumber, semua terma lesen yang dirujuk, penafian waranti dan
Selain kod sumber, semua terma lesen yang dirujuk, penafian waranti dan
notis hak cipta tersedia untuk dimuat turun.
LG Electronics juga akan memberikan kod sumber terbuka kepada
LG Electronics juga akan memberikan kod sumber terbuka kepada
anda dalam CD-ROM dengan bayaran yang termasuk membiayai kos
pengedaran (seperti kos media, pengiriman dan pengendalian) apabila
menerima permintaan e-mel yang dikirimkan kepada opensource@lge.
com. Tawaran ini sah selama tiga (3) tahun dari tarikh anda membeli
produk tersebut.
Tanda dagangan
•
Hakcipta ©2015 LG Electronics, Inc. Semua hakcipta terpelihara. LG
dan logo LG adalah tanda dagangan berdaftar bagi Kumpulan LG dan
entiti yang berkaitan dengannya. Semua tanda dagangan lain adalah
harta pemiliknya masing-masing.
•
Google™, Google Maps™, Gmail™, YouTube™, Hangouts™ dan Play
Store™ adalah tanda dagangan Google, Inc.
•
Bluetooth adalah tanda dagangan berdaftar Bluetooth SIG, Inc.
sedunia.
•
Wi-Fi dan logo Wi-Fi adalah tanda dagangan berdaftar Wi-Fi
Alliance.
•
Semua tanda dagangan dan hak cipta lain adalah harta pemiliknya
masing-masing.